I'm Yours


 

Penulis   :  Anna Lee   
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Prolog Media
Bilangan Mukasurat : 383
Tarikh Terbitan : Apr 2022  
ISBN :  978-967-25693-2-9 
Rating :

 
       
 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, selepas lebih tiga tahun, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 9 penulis hebat ini selepas Kenzi X Embun, Couple, Naskah Terakhir Laura Isabel, Jika Aku, Mesej, Aku, Dia & Pinky Promise, Terukir Cinta dan Hello it's me.

Sebenarnya buku ni dah lama aku beli tapi baru terjumpa dan baca adoi menyesal lambat baca sebab kisah Soraya dan Remi memang so sweet tau. Siapa tak kenal Pn Penulis ni kan memang suka buat cerita ala-ala genre historical romance gitu. Pada aku kisah Soraya dan Remi kali ni lebih santai dan tak buat aku pusing kepala nak fikir macam karya yang lain pernah ku baca sebelum ni. 

Apa yang buat aku tertarik untuk terus baca buku ni, penulis pandai mengolah plot cerita yang santai dan lucu dan tak ada bab sedih-sedih keluar air mata. Watak-watak utama dalam cerita ni berjaya dikembangkan dengan tersusun dan berjaya mencuit hati aku. Dan yang paling aku suka layan watak Remi dan Jebat memang boleh buat aku gelak, sengih, berkerut dahi, ternganga pun ada jugak. Penulis juga berjaya buat aku tertanya-tanya nak tahu siapa Remi ni sebenarnya dan rahsia apa yang disimpan oleh Tok Salim ni. Memang happy ending gamaknya.  Hailah... mana nak cari suami seperti Remi ni ye he he he... hopeless romantic gitu. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa.  

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. Kerana takdir akan menemukan jalannya.

Banyak mutiara ilmu, nasihat dan pengajaran yang boleh aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


 

Sinopsis 

Kerana takdir akan menemukan jalannya.
Soraya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman bersama dua orang anaknya. Ada misi yang ingin dilaksanakan demi memulakan hidup barunya, namun tanpa dia sedar kepulangan itu bakal mengubah sejarah hidupnya.

Remi, lelaki asing yang tiba-tiba muncul dikampung itu lima tahun lalu tidak begitu disenangi oleh penduduk kampung, kecuali Tok Salim, ketua kampung. Kutu rayau, kaki lepak, itulah gelaran yang diterima. Namun itu semua langsung tidak diendahkannya.

Soraya, kepulangannya menjadi buah mulut.

Remi, kemunculannya menjadi tanda tanya.

Apabila hati yang terluka bersatu dengan hati yang penuh rahsia, akhirnya menimbulkan kekalutan. Remi dan Soraya cuba untuk meleraikan kekalutan itu, dan bersama mereka menemui dan membongkar satu rahsia yang disembunyikan bertahun lamanya.

 

 ... lagu I'm Yours - Jason Marz ...

 


 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment