Jika Aku






Penulis   :  Anna Lee
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Prolog Media
Bilangan Mukasurat : 341
 
Tarikh Terbitan : Mei 2017
ISBN : 978-967-13211-9-5
 
Rating :




 
 


Ulasan :

Ini adalah buku ke 5 kubaca selepas Mesej, Aku, Dia & Pinky Promise dan Terukir Cinta, Hello it's me.

Dari bab 1 hingga bab 25 cerita tentang pertemuan Teja Citra binti Omar dengan seorang pemuda dalam train KTM bernama Maliq. Teja ni boleh baca fikiran orang lain dan boleh tahu apa yang ada dalam kepala otak orang tu. Jadi secara tidak sengaja Teja telah dapat tahu Maliq nak bunuh seseorang yang bernama Alisa. Jadi bermulalah siri Teja jadi pengintip hingga ke tempat kerja dan rumah Maliq sehingga akhirnya mereka jadi kawan. Namun selepas bab 26 aku mula pening sekejap dan buat aku tertanya-tanya apa dah jadi dengan Teja dan Maliq ? Siapa pula Aidan ni ? Kenapa semua cerita Teja dah jadi tunggang terbalik nih. Adoi semua andaian aku tersasar. Rupa-rupanya Aidan dan Maliq adalah orang yang sama yang telah ditugaskan oleh sebuah organisasi untuk bunuh Teja - mind reader. 

Secara peribadi, cerita kali ni agak mengecewakan aku, sebab aku harap sangat dapat baca cerita yang lebih kebaboom lagi dari penulis favourite aku ni.

 
Sinopsis

~HANYA KEBENARAN JALAN KELUAR~

“Jika Aku mind reader, adakah ia satu keistimewaan atau ketulahan?”

Teja, gadis mind reader yang terpaksa memecilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada saja menyakitkan hati.

Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka. Jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tanda tanya. Tetapi, demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminati lelaki itu dari jauh.

Namun, lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya, kehidupan Teja yang menjadi huru-hara. Semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru.

Ada rahsia disembunyikan. Ada rahsia perlu dirungkaikan.

Antara realiti dan ilusi, yang manakah kebenarannya? Yang pasti, dia perlu cari kebenaran itu.

Kerana... Hanya kebenaran jalan keluarnya.
.
.
.
"Eleh, macamlah dia tu lawa sangat. Sempat aku menjeling ke sebelah. Emm...okey, dia memang lawa. Tapi... lawa kan subjektif. Mungkin bagi aku minah sebelah lebih lawa, tapi bagi si dia, aku lebih lawa... hee... okey, cukup Teja! Cukup. Aku geleng kepala. Kembali menatap skrin telefon bimbit."




No comments:

Post a Comment