Gadisku Wan Adnin


 

Penulis   :  Noor Suraya      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  JIWA
Bilangan Mukasurat : 329
Tarikh Terbitan : Mei 2025  
ISBN :  978-629-7561-56-1 
Rating :   
       
 
 

 

Ulasan :
 
Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ya! 
 
 
 

Sinopsis   
  
Jika mahar untuk memiliki si pingit semerah delima itu adalah nasab berjalur emas, apa pula harga untuk memiliki kebebasan untuk diri sendiri?

Tok Bonda — Wanita beradat lagi mahir bertekat yang memelihara Adnin sedari bayi. Ketegasannya dalam memilih darjat menantu adalah bukti kasihnya kepada cucu, meski terpaksa menoreh hati kecil Adnin sedalam-dalamnya.

Wan Adnin — umpama Rapunzel di teratak Tok Bonda. Jiwa dan budinya yang halus membuatkan dia tidak tergamak mengkhianati Tok Bonda yang menggantikan tempat ibu bapa di dalam hidupnya. Namun di sebalik lembut suara dan tunduk matanya, bergelora rasa yang tidak terucap.

Akhtar — Wasiat adalah sekadar alasan untuk mendapatkan si gadis pingitan. Mana mungkin asbabnya lain lagi, melainkan hatinya sudah terpaut ikhlas pada Wan Adnin seorang?

Pingit, Gadisku Wan Adnin adalah sebuah kisah seorang dara dalam kurungan adat. Antara jasa dengan rasa; hormat dengan hasrat; apakah Adnin akan terus dihambat darjat, meski hatinya sudah Akhtar tambat?

 

 

 

 

Terlerainya Satu Janji


 

Penulis   :  Ameera Ameer      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  AA Idea Publication
Bilangan Mukasurat : 861 (ebook)
Tarikh Terbitan : 2016  
ISBN :  978-629-97159-6-2 
Rating :   

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 6 penulis hebat ini selepas Tanya Dia Tentang Cinta, Kerana Satu Janji, Ku Pilih Untuk Setia, Aku Tetap Setia dan Pengantin Ramadan. 

Apa yang aku boleh tulis di sini, sambungan kisah Cikgu Ilham Hazri dan Hannah Ayuni kali ini memang sarat dengan emosi, meninggalkan pelbagai rasa di hati ini dan berjaya buat aku sebak sehingga tidak mampu kutahan air mataku ini melimpah keluar. Benarlah kata orang, cinta pertama pasti meninggalkan suatu kenangan hingga ke akhir nafas. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa😭.

Kita sering terlupa, menyalahkan takdir dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH di Luh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima. ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. Yakinlah di sebalik semua yang terjadi dan berlaku kepada kita itu ada hikmah dan nikmat yang akan kita syukuri satu masa nanti. 

Pengorbanan dan kehilangan Alvin sebenarnya adalah suatu rahmat dan nikmat yang tidak ternilai buat mereka berdua. Malah pertemuan di antara mereka telah menyedarkan Hannah pada takdir yang tertulis untuk mereka berdua. Dan berkat kesabaran dan bimbingan daripada Ilham, Hannah berusaha berubah menjadi seorang muslimah dan isteri yang lebih baik. مَا شَاءَ اللَّهُ

Ada banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah kasih sayang syahdu yang buat aku tersenyum ni. Aduhai, rasanya aku dah jatuh hati berguling-guling dengan watak Cikgu Ilham ni tau. Mana nak cari suami seperti Cikgu Ilham ni ya, kalau jumpa bagitau akak he he he😂😄😍... Setiap wanita bergelar isteri pastinya mendambakan suami yang sangat penyabar dan super-duper caring seperti Cikgu Ilham ni tau. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.  

 

 


Sinopsis   
  
Bakal menimang cahaya mata siapa yang tidak bahagia? begitu jugalah Hannah dan Ilham. Hannah dilayan bagaikan puteri. Hari-harinya dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang daripada Ilham. Setiap keinginannya dipenuhi walaupun suaminya terpaksa belajar kuih talam keladi. 


"Kesian suami Hannah. Dah basah dengan peluh," bisiknya.

"Dekat sini tak nak lap ke?" Lehernya ditunjukkan. Sengaja Ilham hendak bermanja. 

"Amboi, beri betis nak peha pulak dia ya," giat Hannah sambil ketawa tapi tangan tetap juga menjalar ke leher suaminya.

Ilham turut ketawa. Penyapu ditangannya terus dijatuhkan ke tanah dan pinggang isteri dirangkul. 

"Abanggg...Hannah tak boleh bernafas!" Tubuhnya cuba dilepaskan. Ilham tergelak. Pelukannya dilonggarkan.

 

"Geram!" bisiknya dan bibir merah jambu itu dikucup.

"Astaghfirullahalazim!" panjang Mak Cik Lela beristighfar.

"Dah takda tempat lain lagi nak bercium?" sergah Mak Cik Lela dengan kening terjongket.

"Terrr mak," Ilham malu-malu.

Dalam menyulam kasih bersama Hannah, Ilham mendapat tahu Suraya, bekas tunangnya, kehilangan suami saat mengandungkan anak sulungnya. Simpatinya menebal dan dia rasa bersalah! Hannah pula, saat dia bertegang urat dengan Ilham tentang Suraya, dia mendapat tahu bekas kekasihnya, Alvin masih hidup. Dia juga perlu mengembalikan senyuman Alvin. Hannah buntu.

"Let's get married..."ucapnya perlahan.

Hannah tercengang. Bulat matanya memandang Alvin yang masih duduk berteleku di hadapannya itu. 

"Alvin..." Berguraukah lelaki itu?
"Marry me Hannah..." bisik Alvin lagi. Kotak di tangannya dibuka dan dihulurkan kepada Hannah.

"Alvin, this...I..." kata-kata Hannah terhenti.

"Kita dah janji kita akan bersama sampai bila-bila. Kita dah janji kita akan setia dan terus mencintai antara satu sama lain. So, marry me and we'll be together. I promise I'll make you happy, Hannah," ucap Alvin bersungguh-sungguh.

Janji siapakah akan terlerai? Hannah, Ilham atau Alvin?

 

 ... lagu Sayang - Faizal Tahir ...

 


  ... lagu Hal Hebat - Ernie Zakri ft. Govinda ...

 


 

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 

 KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” ~ Surah Al-Ankabut ayat 2-3

 KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?

QURAN MENJAWAB :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ~ Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” ~ Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA FRUST & STRESS?

QURAN MENJAWAB :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” ~ Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
 
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata.” ~ Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT?

QURAN MENJAWAB :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka..." ~ Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.” ~ Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK SANGGUP!

 QURAN MENJAWAB :

“...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” ~ Surah Yusuf ayat 12

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ya ...