Anak Perempuan Dato' Pengarah

 


Penulis   :  Rehan Makhtar    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karyaseni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 510
Tarikh Terbitan : Julai 2024  
ISBN :  978-967-469-219-3 
Rating : 


Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 9 penulis ini selepas Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada. 

Subhanallah, apa yang aku boleh tulis di sini, kisah Tia dan Lukman ini memang sarat dengan emosi, meninggalkan pelbagai rasa di hati ini. Membaca setiap baris ayat dalam karya ini memang buat aku sebak dan pilu sehingga tidak mampu ku tahan air mataku ini melimpah keluar. Semua watak dalam cerita ni berjaya mencuit hati, mengkucar-kacirkan perasaan aku dan buat aku tersengih-sengih je terutama sekali dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut si Lukman aka En Peguam ni tau.  Ini adalah sambungan dan juga sebagai penutup daripada kisah trilogi UNTUK AKU.

Sedikit info tentang PTSD - merupakan sejenis gangguan emosi yang menyebabkan seseorang itu rasa amat tertekan selepas berlakunya kejadian traumatik. Pesakit PTSD mempunyai risiko yang paling tinggi untuk menghidap penyakit kronik dan masalah kesihatan yang lain. PTSD boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. 

Watak Tia buat aku berfikir lebih jauh akan setiap ujian dan penderitaan yang dihadapinya. Tidak mudah untuk melupakan kenangan hitam, menghadapi setiap kebenaran yang sering di terbayang di ingatan dan untuk meneruskan kehidupan setelah melalui pengalaman buruk yang begitu menakutkan. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Hanya mereka yang telah mengalami pengalaman sedemikian yang mampu menjawab setiap persoalan yang bermain di dalam kepalaku ini. Bacalah... anda pasti dapat rasa apa yang ku rasa.

Cinta itu bukan hanya apabila dua insan berlainan jantina saling suka di antara satu sama lain. Tetapi C.I.N.T.A itu sebenarnya adalah suatu anugerah dan nikmat perasaan yang ALLAH kurniakan dari hati yang tulus ikhlas. Cinta yang sejati hanya akan wujud selepas kita berjaya menghadapi setiap ujianNYA. Namun, cinta sesama manusia ini hanyalah sementara dan tidak kekal. Hanya cinta kepada sang Pencipta iaitu ALLAH yang kekal selamanya. 

Apa-apa pun aku tersangatlah suka dengan happy ending Tia dan Lukman ni. Buat aku tersenyum bahagia puas hati TAHAP MAKSIMA.  Sejujurnya, aku mengakui ini adalah antara karya RM yang terbaik pernah ku baca sehingga kini.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.  Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana.

Wallahu a’lamوالله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

T.E.R.B.A.I.K.

Sinopsis 

  
Kata orang, masa akan mengubati segalanya. Kerana itu, sehingga kini Tiani masih berharap waktu itu tiba. Kejadian itu benar-benar meninggalkan parut kekal pada jiwanya. Dia terus membalut resah dan gundah dengan senyuman dan tawa kerana tidak mahu mereka yang disayangi turut sama menderita. 

Namun, dia sendiri tak pernah menduga apabila Tuhan menghantar seseorang yang mendengar biarpun dia tidak bersuara. Yang melihat dengan jelas walau dia terus bersembunyi. Yang memahami biarpun tak pernah dia luahkan rahsia hati.

 

 

"Eh... kenapa ni, awak?" ~ LUKMAN

"Maaf... tapi tolong. Selamatkan saya... " ~ TIANI

Ketenangan Lukman terganggu. Tak pernah di sangka, dalam perjalanan hidup yang mana dia tak pernah kesah tentang cinta, seorang wanita asing tiba-tiba sahaja jatuh ke dalam pelukan. Dia ingin menolak. Tapi, merasakan tubuh halus itu menggigil ketakutan dan melihatkan air mata daripada mata redup itu mengalir lesu, Lukman relakan diri.


"Saya patut suruh awak pergi daripada saya sejak awal... " ~ TIANI

"Mana lagi saya nak bawa diri kalau awak halau saya pergi sedangkan awak dah ikat mati hati saya?" ~ LUKMAN

Berdepan dengan wanita yang sentiasa ketawa menutup kesedihan yang sering senyum menafi keresahan; Lukman tahu semuanya tak mudah. Kerana dia tahu keresahan, kesedihan malah ketakutan itu jelas tergambar di balik pandangan mata redup itu.

Lukman tahu, masalah telah hadir dalam hidupnya. Tapi, apa nak dikata, kan? Ini adalah masalah yang dia mahu hadap buat seumur hidup.

 

-->ADA BONUS CERPEN SESEORANG UNTUK AKU "TAK SENGAJA" 

 

 

 ... lagu Selamanya Cinta - Shila Amzah & Alif Satar ...

 


 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 

 

 

No comments:

Post a Comment