Penulis : Lily Haslina Nasir
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Penulisan2u
Bilangan Mukasurat : 634
Tarikh Terbitan : Dis 2018
ISBN : 978-967-2102-73-1
Rating :
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA, selepas hampir 9 tahun lamanya aku tak peluk karya LHN ni, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 5 penulis hebat ini selepas Menunggu Cinta Tuhan, Tuhan Masih Mencintaiku, Cinta Hilang Kata dan Hunky Avian Funku Arisa.
Baca kisah ini lepas baca kisah Raid Arjuna memang beri aku kepuasan yang berlipat ganda. Secara peribadi, aku kira karya ini adalah karya terbaik yang pernah aku baca hingga kini. Aku jamin, korang pasti puas hati tahap maksima baca kisah Ziyad dan Yasmin nih ha ha ha.
Sebenarnya tajuk buku Nefertiti ni pun dah menimbulkan pelbagai persoalan dan memang terasa seperti menarik-narik hati aku ni nak baca. Apa yang aku tahu di zaman Mesir purba dahulu nama Permaisuri Firaun Akhenaten bernama Nefertiti. Apa kaitan dengan kisah ni aku kurang pasti. Jika nak tahu, kena selongkar kisah Firaun pulak nampaknya ni...
Aku
tabik atas keberanian penulis melakarkan kisah konspirasi ini dan menggambarkan kisah sebenar keadaan dan perjuangan politik yang berlaku dewasa ini. Sepertinya ia benar-benar wujud di depan mataku sekarang ni. Ini kisah benar ke ??? Bacalah... anda pasti dapat rasa apa yang ku rasa. Baca karya Lily memang tak sah kalau tak jumpa ayat-ayat tajam, kesat, sinis dan sentap ni ... memang panas punggung punya orang kata he he he...
Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
“Kau nak tahu... Baik... Kau dengar sini. Aku
buat sebab aku suka kau! Aku sayang kau. Aku nak kau selamat. Aku tak
mahu ada anggota badan kau yang berkecai dan aku yang kena kutip.
Faham?” - Ziyad
“Kita sebenarnya berbeza pendirian, Ziyad. Kau
dari sebelah utara, aku dari sebelah selatan. Kau timur, aku barat. Di
titik mana kita nak bertemu? Jadi kau jangan salahkan aku, kalau ada
rasa curiga tu.” - Yasmin
Yasmin dengan
perjuangannya, tekad menghancurkan segala kebatilan dari puak Nefertiti.
Ziyad tak berpeluang menjelaskan kedudukan dirinya sebenar. Yasmin
gadis keras, seteguh karang di lautan, selama ini menjadi dewasa dalam
perlindungan Raid Arjuna. Atau, apakah Yasmin memang menaruh cinta pada
Raid Arjuna? Ziyad tertanya-tanya, namun jiwanya sering berdoa, akan ada
cinta yang bersatu biar mereka berlainan kutub. Perjuangan itu biarlah
takdir yang menunjukkan kebenarannya.
“Kita semua sedang dalam
pencarian. Mencari hakiki yang abadi. Walaupun kita berbeza laluan, tapi
matlamat kita sama. Kita ni bukan kekal selama-lama di sini. Dunia ni
cuma sebahagian daripada kembara kita sebelum sampai ke akhirat.”- Ziyad
... lagu Gemilang - Ella ...
No comments:
Post a Comment