My Rio Aryan 2


 

 

Penulis   :  Cik Bawang  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Ceritera Cinta Publication
Bilangan Mukasurat : 204 (ebook)
Tarikh Terbitan : July 2024  
Rating :

 

 

 

Ulasan

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 13 penulis ini selepas Faris, My Best Friend's Brother, Faris, Lelaki Kiriman Tuhan, My Badass Husband, Dean, Hana, Jangan Letih Mencintaiku, Nakhaie , Mr Troublemaker, Mr Troublemaker 2, My Sweet Saviour, Aku Playboy Dia Ustazah dan My Rio Aryan.

Ini sambungan kisah Rio Aryan dan Hani selepas mereka bernikah. Teknik flashback atau imbas kembali bagaimana permulaan perkenalan mereka berdua dan kisah manis diorang melayari bahtera perkahwinan hingga dapat anak perempuan. Rio seorang mualaf dan Hani sama-sama belajar mencari cinta TUHAN dan memperbaiki diri. Mereka sama-sama belajar untuk mencapai cinta ALLAH.

Sesungguhnya dunia ini hanya sementara dan penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang mungkar. Ibadah yang paling lama itu ialah perkahwinan. Maka cari pasangan yang mahu sama-sama mendekatkan diri dengan TUHAN untuk mengapai syurga Firdausi.

C.I.N.T.A itu sebenarnya adalah suatu anugerah dan nikmat perasaan yang ALLAH kurniakan dari hati yang tulus ikhlas. Cinta yang sejati hanya akan wujud selepas kita berjaya menghadapi setiap ujianNYA. Namun, cinta sesama manusia ini hanyalah sementara dan tidak kekal. Hanya cinta kepada sang Pencipta iaitu ALLAH yang kekal selamanya. 

Walaupun kisah diorang ni agak pendek dan santai je, tapi berjaya mainkan emosi aku jugak. Aku suka dengan akhiran kisah ni yang memberi bahagia pada dua watak utama yang aku rasa memang comel dan manis bergula ini. 

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis

 

Sambungan kisah Rio Aryan Fukuda Abdullah dan Noor Ilhani.

 

 

 ... lagu Aku Tanpa CintaMU - Mirwana & Jay Jay ...

 


 

 

jika ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 
 

 

No comments:

Post a Comment