FUGITIF




Penulis   :  Maya Iris
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     : 
Malay Fiction, Thriller, Romance 

Penerbit  :  Buku SO
Bilangan Mukasurat : 541
Tarikh Terbitan : December 2016
ISBN : 978-967-0990-10-1
Rating : ★★★★






Ulasan :

Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA aku telah diberi kesempatan untuk bedah siasat sambungan karya terbaru penulis favourite aku ini. Sebenarnya buku ni dah dua bulan 'terperam' kerana dek kesibukan dengan pelbagai tugasan harian duniawiku yang tak mungkin akan habis kalau nak tunggu he he he...

Aku tak nak comment panjang berjela, cukup kalau aku katakan ini adalah sambungan karya sequel penulis yang ke 3 selepas Mahar Cinta Cinderella dan Konspirasi SuamiPerghhh cerita kali ini aku rasa lebih cemas dan mendebarkan. Memang patut dan wajib dibaca oleh sang suami dan sang isteri di luar sana ...

Tak sangka aku Dr Ehsan yang sebelum ni kukenali sebagai seorang yang sangat SERIUS dan STRAIGHT boleh bertukar jadi seorang ROMEO ...memang buat aku geram dengan perangai ROMEO nya. 

Tak sangka aku Dr Ehsan dah pandai bina ayat-ayat 'C.A.I.R' lemak berkrim ye...dah pandai K.O.N.A kiri kanan plak tuhh, bikin aku tersengih macam kerang busuk jer tau...

Tak sangka aku rupanya Nur Sayang masih lagi isteri yang taat kepada suami tercinta...terkena jugak Dr Ehsan akhirnya kah kah kah...buat suspen orang jer tau.

Tak sangka aku cerita tentang Along, Angah, The DOME, Zaim, Arielle dan Konsortium berakhir dengan begitu jer...apa yang terjadi kepada mereka semua tuh...maaf ye Pn Penulis aku memang agak kechewa sebab aku memang menantikan aksi-aksi yang lebih umpphh dan cerita tentang Arielle dan Konsortium dikembangkan dengan lebih gempak lagi...kalau ada mesti lagi kebabom meletopss tau he he he.

Tapi apa-apa pun aku tersangatlah suka dengan happy ending cerita ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada penulis hebat ini kerana menghadiahkan sebuah kisah cinta luhur yang telah tercipta di syurga. Bukan sekadar kisah dongeng Cinderella. Tetapi ini kisah kasih sayang syahdu yang diadun dengan segala rencah kisah para Nabi dan para sahabat. Penuh berilmu dengan kata-kata nasihat dan teguran, penuh teladan dan tauladan buat para isteri dan suami di luar sana dalam melayari bahtera rumahtangga. Semoga kisah ini dapat memberi inspirasi dan manfaat buat semua muslimin dan muslimat di luar sana insya Allah.





Sinopsis

 
Menakluk dunia. Itu agenda Konsortium. Untuk dipersembahkan kepada 'Raja Besar' yang berkuasa menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup. Namun, perancangan itu terencat akibat campur tangan tidak sengaja dua orang rakyat Malaysia. Pasangan suami isteri ini perlu dihapuskan walau dengan apa cara sekalipun.

Demi keselamatan, Dr. Ehsan dan Nur Sayang menjadi pelarian tanpa rela.


" Jangan terpisah. Selagi kita bersama, kita kuat."- Nur Sayang.
 
Tragedi menimpa. Mereka terpaksa melarikan diri lagi. Bersembunyi di sebuah tempat terpencil. Namun, igauan ngeri itu belum berakhir.

Serangan Konsortium terhadap ahli keluarganya membuatkan Dr. Ehsan kembali ke Mesir. Meminta pertolongan Arielle. Tapi, bayaran yang diminta adalah perpisahan dengan isteri tercinta.

"Kita mesti berhadapan dengan realiti, sayang. Sampai bila kita mahu hidup dalam alam fantasi? Hidup dalam mimpi? Hidup dalam angan-angan? Setiap dongeng, ada pengakhirannya. Bagi kita, kisah kita berakhir hari ini." - Dr. Ehsan.

 

Bagaimana Nur Sayang meneruskan hidup? Bertemukah mereka akhirnya? Berjayakah Konsortium merealisasikan agenda mereka?


... lagu Susah Senang Kita Bersama - Nassier Wahab & Ramlah Ram ...


 


ALLAH cipta semuanya berpasangan.
Penyakit pasangannya penawar.
Penawar juga berpasangan. 
Penawar dari bumi dan langit. Penawar dari bumi adalah daripada tumbuhan dan herba. Penawar dari langit adalah air dan doa daripada ayat-ayat al-Quran.

ALLAH berfirman,  
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya"~ayat 82 Surah Al-Isra'

 Jaga solat. Jaga puasa. Jaga kehormatan. Taat pada suami. 
Itu kunci seorang isteri masuk syurga  


kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Maya Iris


4 comments:

  1. Terima kasih.. review ni buat akak pulak tersengih macam kerang busuk. Hehehe.. siap ada lagu tema tuh.. buat orang fefeeling ajer tau. Luv u..������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih singgah dan komen MI. Luv u 2

      Delete
  2. Replies
    1. he he terima kasih singgah & baca ye

      Delete