Kisah Kita, Mi Segera & Balkoni


 

 

Penulis   :  akuorgbiasa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  EffJay Resources
Bilangan Mukasurat : 684 (ebook)
Tarikh Terbitan : Jan 2023  
Rating :

 Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 11 penulis hebat ini selepas Along : The Nonchalant Hero , Kerana Kau Hawaku, The Bad Boy's Girlfriend, Aku Ada, Utusan Cinta DIA, Miss Pen Pal, Kekasih Diya, Syarat yang ke 3, My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express

Kisah Izzat dan Nurul yang bertemu dan terperangkap di dalam rumah ketika banjir yang melanda. Tidak disangka mereka berdua masing-masing ada kisah jerat percintaan yang paling menyesakkan jiwa dan fikiran. 

Tidak sangka Izzat telah diperbodohkan dengan seorang kekasih yang sebenarnya adalah satu gender dengannya dan Nurul pula berkasih dengan suami orang. Ya, tiada satu pun yang terjadi di dunia ini secara kebetulan. Semuanya dengan keizinan Allah SWT dan pastinya ada hikmah yang akan diperolehi daripada ujian ini. Dan sebagai seorang Muslim, kita perlu sentiasa bersangka baik dengan setiap ujian yang mendatang dan menyerahkan segala urusan, baik urusan dunia mahupun akhirat kepada Allah setelah kita cuba melakukan yang terbaik. 

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 



Sinopsis

Ini kisah Izzat dan Nurul. Dua jiwa yang terpenjara dengan kisah cinta masing-masing.

Keadaan memaksa mereka berdua-duaan di dalam sebuah rumah kerana bencana alam yang menimpa kota Kuala Lumpur.

Berbekalkan mi segera sebagai pengisi perut yang kosong, di lantai balkoni, bertemankan langit yang menangis, mereka berkongsi kisah masing-masing.

Nurul, si penyondol rumah tangga, dan Izzat, sang jejaka yang mempunyai ‘boyfriend’.

Kisah mereka bermula di situ. Bagaimana pula pengakhirannya? Mampukah kedua-duanya meraih bahagia dengan pasangan masing-masing?

“It’s complicated…”

 

 

 ... lagu Jerat Percintaan - Siti Nurhaliza ...

 

 

 ... lagu Kembali Terjalin - Slam ...

 


 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 

 

 

No comments:

Post a Comment