Penulis : Aishah Madadiy
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Iman Publication
Bilangan Mukasurat : 391
Tarikh Terbitan : Feb 2022
ISBN : 978-967-2459-35-4
Rating :
Ulasan
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 3 penulis hebat ni selepas Velvet di Durham dan Bits Of Heaven.Kisah Nawal yang merangkumi di 4 buah negara iaitu Malaysia, England, Jerman dan Syria. Ini kisah tentang perjuangan hidup, pengorbanan dan pengharapan Nawal yang tidak pernah lelah berjuang hingga ke titik akhir selepas dikecewakan dan misi mencari kakaknya Nadya yang hilang di London dan cinta yang tulus ikhlas. Kisah yang memang sarat dengan nilai ketuhanan, kekeluargaan, persahabatan dan perhubungan ini sungguh menyentuh emosi dan meninggalkan pelbagai rasa di hati ini. Isu Islamophobia, gender equality, civil war dan child abuse dalam karya ini memang buat aku sebak dan pilu sehingga tidak mampu ku tahan air mataku ini melimpah keluar. Benarlah kata pepatah melayu, 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Bacalah, anda pasti akan rasa apa yang kurasa.
Membaca kisah ini dengan deraian air
mata
membuatkan aku lebih menginsafi
diri ini yang terkadang tersasar jauh dariNya. Sesungguhnya Allah itu
Maha Pengampun dan Maha Mengasihani hambaNya.
Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut telah tertulis untuk kita sebagai hambaNYA. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di lauh mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima. ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita.
Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca diluar sana.