R.I.R - Rafael Ibrahim Redza


Penulis   :  Nasz  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Nasz
Bilangan Mukasurat : 529
Tarikh Terbitan : Julai 2025  
ISBN :  978-629-96063-0-7 
Rating :

 

Ulasan

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 5 penulis hebat ini selepas R.I.R, Sweet Sour Revamp, Lazuardi, Karamel dan Sweet Sour.

Akhirnya dapat jugak buku ni setelah aku tempah sendiri dari penulis hebat ni tau. Walaupun terpaksa ku sabarkan hati ini berulang kali he he he.  Jazakillah Nasz muah muah muah. Sebenarnya aku dah baca kisah ini versi ebook tetapi tiada ending dan tergantung buat aku sakit hati kaw-kaw jer ha ha ha. Syukur Nasz amat memahami dan keluarkan versi buku pulak.

Jujurnya aku kurang puas hati dengan ending kisah diorang ni tau terlalu ringkas dan cepat sangat habis <sigh>. Cik Penulis memang berjaya membuai jiwa dan ragaku dalam menyampaikan isi dalam cerita ini dengan begitu berkesan sekali. Sampaikan aku terperasan sekejap macam aku pulak yang jadi heroin dalam cerita ni... adoi he he he.  

Kisah sedih tentang Jezalin (Alin) seorang penghidap SLE (Sistemik Lupus Eeritematosus) atau LUPUS. Alin adalah anak angkat dan hubungan di antara Alin dan Rafa sebagai adik dan abang berubah selepas Alin terpaksa bernikah dengan Rafa atas permintaan ibu angkatnya yang sakit tenat kanser saraf bagi menjaga hubungan Alin dengan Rafa dan bapa angkatnya.

Selepas kematian ibu angkatnya, Rafa telah pergi bekerja ke luar negara. Selepas menyambung pelajaran di Unimas, Alin telah menjauhkan dirinya hampir 9 tahun kerana tidak mahu bapa angkatnya En Redza dan Rafa tahu tentang penyakit yang dialaminya. Tambahan pula, abang angkatnya Rafa telah pun ada teman wanita yang cantik dan sempurna bernama Batrisya dan Rafa juga tidak pernah setuju dengan status pernikahan terpaksa mereka. Alin juga telah berjauh hati dengan kata-kata sinis dan pedih yang telah diucapkan Rafa suatu ketika dulu.

SLE - Systemic Lupus Erythematosus atau nama lainnya LUPUS. Juga dikenali sebagai penyakit seribu wajah, 'peniru' atau 'the great imitator'. Punca penyakit ini masih misteri. Pesakit tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, makin banyak auto antibodi terbentuk dan menyebabkan simptom makin teruk. SLE tiada penawar tapi ada rawatan yang boleh mengurangkan kesakitan. Sejenis penyakit autoimun bila sistem pertahanan badan yang tak normal atau mengalami kecelaruan melawan tisu badan sendiri. Lupus boleh menyerang mana-mana tisu badan seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi atau sistem saraf. Bila melibatkan organ dalaman, dikenali sebagai SLE. 

Aku begitu kasihan dengan takdir hidup Alin yang mengalami SLE. Walaupun akhiran kisah ini agak pendek, namun cukup membahagiakan bila Rafa sungguh berusaha dan tetap mempertahankan rumah tangga yang dibina walaupun pada awalnya terpaksa tanpa cinta, biarpun mereka diuji dengan sakit yang dialami oleh Alin dan si 'penyondol' Batrisya tu. Selepas 9 tahun terpisah, baru Rafa menyedari dia sebenarnya terlalu menyayangi dan tidak mahu Alin jauh dan hilang dari hidupnya. Rafa akhirnya tewas dengan egonya sendiri dan mengakui perasaannya yang amat rindu dan mendambakan Alin, isteri yang ditinggalkan dan tidak dipedulikannya selama ini. Biasa tak dengar kata orang tua-tua dahulu, 'jangan benci sangat nanti jadi sayang'. Haa kan dah kata... Tapi, biasalah orang muda ni mana nak mengaku kan, ego tinggi melangit betul.

😒😠Menyampah betul aku dengan si Batrisya ni tau. Pompuan jenis tak faham bahasa dan tak tahu malu langsung. Si Rafa ni pun aku bengang jugak, apanya lembab sangat, patut Rafa berterus terang dengan Alin tentang hubungannya dengan si Batrisya tu. Haaa pergilah beritahu awal-awal pada si Batrisya ni yang dia dah kahwin dengan Alin dan dah tiada hati dengan pompuan curang dan a good pretender macam si Batrisya tu. Tak adalah pompuan tu meroyan salah faham dan sibuk mengejar ke sana ke mari adoi😠.  Syukur, aku gembira dengan happy ending cerita ini bila Rafa tetap bersama Alin mengharungi segala ujian dan cabaran dalam perjalanan hidup berumah tangga. Setiap kesabaran pasti ada ganjarannya. Dan kelahiran Rifaat Ismail, adalah anugerah dan amanah dari Allah SWT yang tidak ternilai harganya buat Alin dan Rafa, cahaya mata yang dinanti selama 12 tahun dan menjadi penambah keberkahan dalam rumah tangga mereka. Semoga diberkati, dipenuhi sakinah, mawaddah dan rahmah serta kekal bahagia hingga ke syurga Allah SWT Aamiin.

Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "~ Surah Al Baqarah ayat 216.  

Tiada satu pun yang terjadi di dunia ini secara kebetulan dengan keizinan Allah SWT dan pastinya ada hikmah yang akan diperoleh daripada ujian ini. Dan sebagai hambaNYA, kita perlu sentiasa bersangka baik dengan setiap ujian yang mendatang. Sesungguhnya hanya kepada ALLAH jua kita meletakkan pengharapan dan berdoa.

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 


p/s Sorry ya sis NASZ, rasanya Abam Rafa belum dapat menandingi aura Abam Joe Jambul tetap J.U.A.R.A he he he😉.


Sinopsis

Rafa tak pernah percaya pada jodoh yang dipaksa-paksa. Apatah lagi bila calon isteri itu adik angkat sendiri. Tapi bila permintaan terakhir mama yang sedang nazak ialah untuk dia kahwin dengan Alin, gadis yang dia kenal sejak kecil. Rafa blur

Masalahnya, Rafa dah ada Batrisya. Cantik, bergaya, penuh keyakinan... dan sipi-sipi macam model ZARA.

Tapi Rafa tak mampu kata tidak. Bukan kerana cinta tapi terpaksa demi mama.

Beberapa minggu selepas akad, Alin pergi. Dia lari ke Sarawak, sambung belajar dan cuba lenyap dari radar selama 9 tahun.

Kini Rafa kembali ke tanah air. Bukan sekadar bertukar kerja dari tanah arab, tapi nak cari semula seorang isteri yang mungkin dia tak pernah cintai...tapi tak pernah dia lupakan.


Masalahnya?

1. Alin dah berubah

2. Batrisya takkan biar Rafa 'kembali'' pada sesiapa pun

3. Dan...antara Rafa dan Batrisya masih ada cinta yang tidak selesai

"Love was never part of the plan, but pain made it real."

Jika cinta itu tak dirancang, sanggupkah mereka terus berjuang...atau memilih untuk melepaskan?

 

... lagu Kembali Terjalin - Slam ...

 


 

... lagu Rahsia Tuhan - Noh Salleh  ...

 



 ... lagu Takdir Tercipta - Hafiz Suip ft Adira ...

 




 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  
Nasz  




 

No comments:

Post a Comment