Fateh Hayden


 

 

Penulis   :  Cik Bawang
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Ceritera Cinta Publication

Bilangan Mukasurat : 634
Tarikh Terbitan : Feb 2025
Rating : 

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 15 penulis ini selepas Faris, My Best Friend's Brother, Faris, Lelaki Kiriman Tuhan, My Badass Husband, Dean, Hana, Jangan Letih Mencintaiku, Nakhaie, Mr Troublemaker, Mr Troublemaker 2, My Sweet Saviour, Aku Playboy Dia Ustazah, My Rio Aryan, My Rio Aryan 2 and Dhia, The Bad Boy's Cinderella.

Ini adalah kisah Tengku Fateh Hayden, anak sulung Tengku Farel Irsyad dan Dahlia dan kisah sedih si gadis Nur Anis anak angkat Faris dan Hanim sebelum dan selepas mengenali Fateh Hayden. Anis bernikah dengan Fateh atas aturan keluarga. Walaupun Anis ni memang sudah lama menyimpan perasaan sayang terhadap Fateh. Tapi Fateh sebenarnya hanya menurut kemahuan nendanya selepas kejadian memalukan tidak jadi bernikah dengan adik tiri Anis.

Aku begitu kasihan dengan takdir hidup Nur Anis. Walaupun akhiran kisah ini cukup membahagiakan bila Fateh akhirnya menyedari dan mengakui dia sebenarnya telah jatuh hati sejak pertemuan pertama mereka dan tidak mahu Anis jauh dari hidupnya. Fateh ni sebenarnya jenis lelaki yang tidak pandai meluahkan rasa cinta dengan kata-kata dan tidak tahu cara menunjukkannya secara terbuka. Nampak seperti orang yang tiada hati perut je tapi sebenarnya dia tak tahu macam mana nak tunjuk apa yang dia rasa. Mungkin juga sebab dia dibesarkan oleh Nenda yang garang dan tegas jadi sejak kecil dia tahan emosi dan pendam segala rasa.

Fateh akhirnya tewas dengan egonya sendiri dan berusaha mempertahankan rumah tangga yang dibina walaupun pada awalnya terpaksa tanpa cinta. Geram betul aku dengan Mat Beku si Fateh ni apalah 'lembab' sangat 😒😠... Biasa tak dengar kata orang tua-tua dahulu, 'jangan benci sangat nanti jadi sayang'. Haa kan dah kata... Tapi, biasalah orang muda ni mana nak mengaku kan, ego tinggi melangit betul. Seperti kata penulis karya hebat ini, setiap orang ada takdirnya sendiri dan bahagia bukan bila semuanya sempurna. Tapi bila kita saling menerima meski penuh cela. 

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis

 


Apa rasanya jadi Nur Anis? Nama yang ringkas namun perjalanan hidupnya berliku sejak kecil lagi.

Dia dihina menjadi anak luar nikah walaupun bukan kemahuan dirinya dilahirkan begitu. Bertambah sadis bila ibu bapa kandung hanya mempergunakan dia untuk kesenangan mereka.

Namun untuk semua itu, Anis masih mampu tersenyum. Dia punya keluarga angkat yang sangat menyayangi dirinya.

Cuma, terdetik juga di hati Anis. Adakah keluarga angkatnya saja yang menyayangi dirinya? Menerima segala kekurangan dia?


Tengku Fateh Hayden.

 

Nama yang cukup terkenal di seluruh dunia. Anis sepatutnya rasa bertuah menjadi isteri lelaki itu. Salah seorang pelumba Formula 1 dunia yang menjadi tumpuan ramai dek kebolehan dan ketampanan si jejaka.

Tapi Anis sedar diri. Fateh terlebih dahulu mencintai adik tirinya, Syamila.

Hancur. Sakit hati. Tapi Anis terlanjur mencintai.

Fateh yang tiada hati untuk Anis. Fateh yang dingin. Tiada kemesraan dalam perkahwinan mereka. Sampai bila perkahwinan yang beku itu bakal berlangsung? Anis juga punya hati dan perasaan ingin dicintai seorang lelaki.

 

 

 ... lagu Hanya Kau Yang Mampu - Aizat ...

 

  
... lagu All Of Me - John Legend ...
 
 
 

 

 

jika ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 

 

 

No comments:

Post a Comment