My Rio Aryan


 

Penulis   :  Cik Bawang  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Ceritera Cinta Publication
Bilangan Mukasurat : 547
Tarikh Terbitan : Apr 2024  
Rating :

 

 


 

Ulasan

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 12 penulis ini selepas Faris, My Best Friend's Brother, Faris, Lelaki Kiriman Tuhan, My Badass Husband, Dean, Hana, Jangan Letih Mencintaiku, Nakhaie , Mr Troublemaker, Mr Troublemaker 2, My Sweet Saviour dan Aku Playboy Dia Ustazah. 

Ini kisah Rio Aryan Fukuda, pakcik Danz dan Noor Ilhani adik Ily isteri Danz. Hidayah itu milik ALLAH. Seperti kata penulis karya ini, sesungguhnya takdir Allah itu terlalu manis. Allah tidak mempertemukan dua manusia tanpa alasan dan tujuan. Boleh jadi dia datang memberi pelajaran kepada kita. Boleh jadi jugak kita yang memberi pelajaran kepada dia. Mereka saling belajar dan memperbaiki diri. Kerana mereka bersama untuk mencapai cinta ALLAH.

Sejujurnya aku rasa puas hati dan begitu seronok dan teruja sekali membaca karya ini dari awal hingga akhir muka surat. Terutama sekali bila diorang sampai di Palestin sebagai sukarelawan menziarahi Baitul Maqdis, Gaza, Masjidil Aqsa etc. Kisah Hani dan Rio dalam karya ini agak menyentuh hati aku, penuh dengan ilmu dan pengajaran berguna buat Muslimin dan Muslimah di luar sana.

Oleh itu, sebagai seorang Islam, kita hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan keimanan. Cuba sedaya upaya mempelajari, mengkaji dan memahami setiap ayat dalam Al-Quran kerana segala ilmu dunia ini telah diterangkan dalam Al-Quran dengan sejelas-jelasnya. Sekiranya seluruh umat Islam di dunia ini berpegang dan mengikut setiap yang tertulis di dalam Al-Quran, nescaya kita dapat mengembalikan zaman kekuatan dan kegemilangan umat Islam seluruhnya. Sebagai seorang Islam kita bukan hanya bertanggungjawab mentaati perintah Allah dan rasul sahaja. Malah kita bertanggungjawab kepada saudara seIslam kita dan menyebarkannya. 

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita. 

Ada mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah manis diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis

Rio Fukuda yang gila-gila dan kaki perempuan seakan mati selepas kematian Kenji. Hidupnya terasa kosong dan sepi. Perjalanan hidup yang teratur mula berantakan bila dia dipaksa mengambil alih legasi yang ditinggal sang ayah.

Ketika dia ke Malaysia atas urusan kerja, laungan azan memanggil dia untuk mendekat. Hatinya terasa sesuatu yang tak dapat digambarkan melainkan air mata saja menjadi saksi bahawa dia mendapat hidayah.

Kini dia adalah Rio Aryan Fukuda. Memeluk Islam satu perkara yang indah. Dia seperti dilahirkan semula. Dirinya terasa tenang. Tetapi mulut-mulut orang membuatkan dia putus harapan.

Bagi Rio, Islam itu rumit dan sulit. Dia yang baru nak bertatih terus putus asa dan menjadi dirinya yang lama.

 

Sehinggalah pertemuan dengan Noor Ilhani. Si gadis alim tetapi bermulut puaka. Bertutup litup tetapi tegas dan garang.

 

"Pak cik, kalau nak cari isteri, cari kat masjid tau. Jangan cari kat kelab! Nah, saya mudahkan pak cik cari isteri kat sini. Alang-alang buat solat taubat sekali." ~ Noor Ilhani.

Pantang berjumpa, ada saja benda yang mereka gaduhkan. Tetapi semua itu terhenti bila dia nekad mahu mendekati Hani.

Dia mahu Hani menjadi isterinya kerana Allah. 



  


 

 

"Maafkan aku kerana mementingkan diri. Aku sedar aku tak layak bersama kau, Hani. Tapi aku mahu kau sentiasa di sisi aku agar syurga lebih dekat untuk aku gapai." ~ Rio Aryan

 

 

 

 

 

 


 ... lagu Aku Tanpa CintaMU - Mirwana & Jay Jay ...

 

 


jika ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 



No comments:

Post a Comment