#Lee


 

 

Penulis   :  Lynn Dayana      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  PorengKertas Publication
Bilangan Mukasurat : 313
Tarikh Terbitan : Jan 2024   
Rating : 


 

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 5 penulis hebat ini selepas Cinta Edisi Terhad, Antologi Cinta Dia, Antologi Cinta Dia 2 dan #Yana.

Apa yang aku boleh tulis di sini, sambungan kisah diorag kali ni agak mencuit hati dan berjaya buat aku ketawa dan tersengih-sengih je terutama sekali dengan perangai dan mulut laser si Danial rakan kongsi si Lee ni ha ha ha. Kisah kali ni kurang sikit creepy  tapi masih buat aku rasa lebih berdebar dan mencabar imaginasiku nak tahu kesudahan kisah diorang ni yang sebenarnya. Akhirnya terungkai segala persoalan yang aku dok fikir dalam kepala otak sebelum ni. Baru aku tahu rupanya Yana ni adalah dari keturunan Tajul dan ada kaitan dengan moyang Lee yang bernama Lilly berketurunan baba nyonya.

Kisah cinta tragis berbeza bangsa, agama dan darjat di antara moyang Lee dan Tajul telah mendapat tentangan keluarga moyang Lee sehingga Lilly ambil tindakan membunuh dirinya sendiri kerana menyangka keluarganya telah membunuh Tajul cinta hatinya.

Suspen je bila Yana tiba-tiba hilang selepas terjatuh dalam lubang, rupa-rupanya ada mesin masa yang telah bawa Yana bertemu dengan Embun kembar nenek Lee di masa era sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.  

Syukur, aku tersangatlah gumbira dengan akhiran kisah ni yang memberi bahagia yang aku rasa mereka memang berhak diberi peluang untuk merasai bahagia. Akhirnya, dua hati dari dua bangsa temui titik bahagia setelah berjaya mengharungi segala ujian dan halangan. Yana akhirnya mengakui rasa hati dan menerima cinta Lee yang telah bersusah payah menjaganya selama mereka kenal. Mana nak cari seperti Muhammad Lee ni ya, payah nak cari ni dek ooiii, kalau jumpa bagitau akak ya he he he... . 

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah kasih sayang syahdu yang buat aku tersenyum ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

Sinopsis

Kisah mereka bermula di galeri penuh misteri. Saat segala rahsia terbongkar, ada hati yang perlu dipujuk. Ada keluarga yang perlu dijaga.

9 bulan Yana membawa diri. Bila fizikal jauh terpisah namun hati tetap berdetak seperti gendang mahu perang hanya pada Lee, Yana kembali.

“Kita kahwin, Yana.” Lee mengharap

“Not so fast…” Yana Tarik brek.

Kematian Mak Tua membawa mereka kepada pencarian harta karun yang entah ke mana menghilang.

“Mak Tua wasiatkan aku rumah lama.” Lee memberitahu. Entah buruk nak roboh atau terbiar menyeramkan, dia tidak pasti.

Dan kejutan berlaku. “Ni bukan rumah, ni istana.” Mata Yana bersinar mengharap ada misteri menunggu.

Apa sebenarnya yang ada di situ? Potret lama ada nombor rahsia. Keranda kayu hilang lesap sekelip mata. Dan mesin waktu… memisahkan Yana dan Lee.

Mampukah kembali di ruang masa dan tempat yang sama?

Terpisah tanpa jarak, dekat namun jauh.

 

 

 ... lagu Suratan Atau Kebetulan  - Kenny, Remy & Martin ...

 

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  

  Lynn Dayana