#Yana


 


Penulis   :  Lynn Dayana      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  PorengKertas Publication
Bilangan Mukasurat : 329
Tarikh Terbitan : May 2017   
Rating :

 

 


الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 4 penulis hebat ini selepas Cinta Edisi Terhad, Antologi Cinta Dia dan Antologi Cinta Dia 2.

Syukur akhirnya dapat jugak aku beli dan baca buku penulis ni setelah agak lama mencari. Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan kisah Yana anak yatim piatu yang terbuang ni memang sedih dan berjaya buat aku habiskan bacaan dalam beberapa jam sahaja. Yana dilahirkan dengan kelebihan "hijab" yang terbuka yang membolehkannya melihat dan berinteraksi dengan makhluk alam ghaib. Dahsyat kan penangan kisah Yana ni ha ha ha.

Cerita ini pada aku memang creepy dan berjaya buat aku seperti berada di alam mimpi ngeri. Kisah Yana yang penuh misteri dan mistik ni memang meremang bulu roma aku dan asyik dok pandang-pandang keliling sewaktu baca nih dan seolah-olah aku juga berada dalam cerita ni. Kalau tak percaya, korang cuba baca sendiri lepas tu baru faham apa yang aku maksudkan.

Pendek kata, dari awal cerita memang buat aku tertanya-tanya dan begitu teruja nak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dan apa kaitan di antara Yana, Lee dan Lilly. Penulis bukan hanya berjaya mengadun sebuah kisah yang amat menarik dan penuh misteri serta menjadi tanda tanya kepada pembaca malah berjaya membuatkan pembaca sentiasa dalam debaran tahap maksima dan buat pembaca tak sabar-sabar nak selak muka surat seterusnya dan tamatkan bacaan. 

Adoi, aku memang tidak puas hati sebab akhiran kisah Yana dan Lee ni tergantung dan buat aku tertanya-tanya siapa dan apakah yang telah terjadi kepada mendiang Lilly, siapakah yang telah membunuhnya ??? kenapa Lilly dan mama Lee tidak suka Yana dan menentang hubungan Lee dan Yana ???

Aku memang tak sabar nak baca sambungan kisah Yana dan Lee ni, sebab ada rahsia yang perlu dibongkarkan. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.



 Highly Recommended Book

 

Sinopsis

 

"Biar gila. Biar kiamat dunia. Kau tak mungkin dapat semua yang kau inginkan kerana ALLAH ada."

Itu janji Yana ketika moyang Lee yang telah mati berkurun yang lalu, muncul dan menuntut keadilan di atas kematiannya. Mengapa baharu kini, Lilly muncul? Kenapa dia yang tidak kena mengena, perlu pegang watak utama dalam drama penuh emosi ini?

"Kalau di akhir cerita, kita sama-sama mati...macam mana Lee?

"Soal hidup dan mati bukan urusan kita, Yana."

Jadi bahagian mana yang menjadi urusan mereka?

Waktu Yana hampir mati diamuk Lilly yang tidak mahu Yana kenal makna bahagia?

Waktu mama Lee berkeras menentang dan menuduh Yana punca segala bala?

Yana : Aku tak mahu bercinta Lee kalau macam ini sengsara yang perlu aku hadap bertahun-tahun lamanya.

Lee : Bila kau terseksa, aku akan menderita. Percayalah sengsara aku jadi berganda.

Bersama, berjuang demi cinta... bijakkah keputusan itu?

 

 

 ... lagu Suratan Atau Kebetulan  - Kenny, Remy & Martin ...

 


 

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  

  

 

 

No comments:

Post a Comment