Tanah Adriyana




Penulis   :  Noor Suraya       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat : 576
Tarikh Terbitan : Oct 2018  
ISBN :  978-967-0851-99-0 
Rating :



     
 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA ini adalah buku ke 10 aku dah baca karya penulis hebat ini selepas Kekasih Waktu, Kebun Mimpi, Seperti Mencintaimu... Ain, Nyanyian Tanjung Sepi, Langsir Biji Remia, Jaja & Din, Surat Ungu Untuk Nuha, Mahadewi dan Panggil Aku Dahlia.

Subhanallah, satu lagi kisah percintaan yang sungguh tragis. Sebuah keluarga terpecah dua berdendam dan saling bermusuhan hingga ke beberapa generasi. Penulis bijak melagukan kisah ini dengan begitu misteri, syahdu dan melankolik sekali. Kisah Raden Adriyana Daeng Ali dan Ku Ahmad Fitri sungguh meruntun jiwa dan meninggalkan pelbagai rasa di hati ini. Raden Adriyana yang dianiaya telah membawa hati yang lara ke tanah Inggeris bersama anaknya Ku Fitriyah Manjalara hingga ke nafasnya yang terakhir. 

Pernikahan di antara Aliya Ali Hakeem cicit Raden Adriyana dengan dua pupunya Ahmad Fitri Hadi cicit kepada isteri kedua Ku Ahmad Fitri telah menamatkan segala dendam kesumat yang bersarang di hati dua keluarga ini dan menyambung kembali ikatan kasih silaturrahim yang terputus di antara dua keluarga mereka. Malah telah terungkai segala misteri dan membersihkan segala tohmahan dan kehinaan yang dilemparkan kepada Adriyana. Akhirnya segala hasrat dan doa yang terdapat dalam buku catatan Adriyana untuk menyatukan dua keluarga ini dimakbulkan oleh ALLAH.

Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada kita yang dilahirkan sebagai wanita, isteri dan ibu. 
 




T.E.R.B.A.I.K.
 
 
Sinopsis







Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup
Yana
 
Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.
Ku Fitri





Siapa yang sangka, pertemuan dengan Aliya telah mengubah tanggapan Hadi tentang perempuan. Aliya yang manis dengan sepasang mata coklatnya yang sangat cantik!

Pada Aliya pula, Hadi sekadar saudara lelaki yang tidak pernah dia miliki, ya...perasaannya, sekadar itu.

Apatah lagi keluarga Hadi dan Aliya sudah bertelingkah sejak beberapa generasi, mana mungkin Aliya ingkar pada pesanan ayahnya untuk tiba-tiba memilih Hadi.

Namun, hati manusia ini,bukanlah kita yang memegangnya. Pada saat Hadi berlalu dan membisikkan pantun ini, Aliya terasa jiwanya dilarikan daripada jasad :

Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu.

Kenapa Hadi tahu juga tentang pantun itu, pantun moyang mereka yang tragis ini ... dan kenapa Hadi perlu melafazkan pada Aliya ?


Niat hati tak mahu bercerai,
Kuasa Allah siapa yang tahu?

Cerita Aliya dan Hadi bukan bermula pada saat ini, tetapi kisah cinta terlarang ini bermula sewaktu moyang mereka Adriyana dan Ku Fitri lagi... 


... lagu Aku Hanya Pendatang - Francissca Peter ...
 
 
... lagu Merindu Kepastian - Art Fazil ...
 


" Wahai ALLAH, sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui bahawa hati-hati ini berhimpun kerana mengasihiMU, maka kuatkanlah ya ALLAH akan ikatannya, kuatkanlah akan ikatannya, kuatkanlah akan ikatannya,  kekalkan kemesraan antara hati-hati ini "


... Cintu itu seperti angin
Kita tidak pernah nampak angin
kerana angin tidak pernah ada warna
Tapi kita tetap merasa angin yang berhembus, sejuk dan damai ...



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...