Pabila Dia Tersenyum


 

Penulis   :  Liza Nur  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  GrupBuku Karangkraf
Bilangan Mukasurat : 532
Tarikh Terbitan : 2025  
ISBN :  978-967-0535-77-7 
Rating : 

 

Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ya! 

 


Sinopsis


Elina Daeng, gadis kelahiran Sabah yang dibesarkan di sebuah ladang kelapa sawit. Ayahnya seorang yang pekak dan bisu manakala ibunya pula seorang suri rumah yang suka bergosip. Ketika berusia tujuh tahun, ibunya Mirah melarikan diri bersama seorang lelaki yang datang dari Kuala Lumpur bernama Irman. Daeng cuba menghalang namun terkorban. Sejak itu, Elina dijaga oleh ayah saudaranya, Benson. Selepas Benson dimasukkan ke penjara, Elina terpaksa menjejaki Mirah. 

Di Kuala Lumpur, Elina terjerat dalam kancah pelacuran dan dia yang tidak rela memperdagangkan diri memilih jalan mati. Kebetulan, Zuhayr yang dalam  perjalanan pulang terjumpa Elina yang sedang nyawa-nyawa ikan di dalam semak dan menghantarnya ke hospital. Apabila sedar daripada koma, Elna kehilangan memorinya. Hidup Zuhayr menjadi kucar-kacir kerana cuba melindungi gadis yang hanya dikenali melalui kad pengenalan. Hadirnya Danial, Adam dan Zafrul yang cuba memburu hati Elina membuat keadaan bertambah huru-hara. Berjayakah salah seorang daripada mereka membuatkan Elina tersenyum semula?


"Cactus represents endurance. Sebabnya, ia boleh lalui pelbagai dugaan. Nyawa kaktus ni liat. Tak ada air, tak perlu dibaja. Tapi, boleh terus hidup. Hebat kan?" ~ELINA

 

"Bodohlah kalau orang cakap cinta perlukan pengorbanan, biar jiwa kita terdera asalkan orang yang kita cinta bahagia. Semua tu hipokrit..." ~ZAFRUL

 

"Bila aku cari pasangan hidup, Fiq, aku bukan pilih trofi supaya ornang lain boleh pandang dan kagum." ~ZUHAYR

 

 



No comments:

Post a Comment