Kapten Al Barra' Vol 2

 
 

Penulis   :  Rose Harissa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  HA Novels Publication
Bilangan Mukasurat : 409
Tarikh Terbitan : Apr 2026  
ISBN :  978-629-7944-05-0 
Rating :



الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 12 penulis hebat ini selepas Wasilah Cinta Weera, Hunky Avian Funky Arisa, Ali Alauddin, Aeldra, Raid Arjuna, Hatiku Untuk Dia, Black Ghost, Kumbang Di Hatiku, Arjuna Dari Langit : Kapten Nazran Shah,... Dan Cinta Pun Tersenyum, Date To Marry dan Kapten Al Barra' Vol 1.

Ini adalah sambungan kisah Kapten Al-Barra' dan Ririn selepas diorang berkahwin. Peribahasa Melayu ada sebut "kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari". Sedikit demi sedikit 'true color' Ririn tersingkap selepas beberapa minggu berkahwin bila Ririn tidak sangka boleh hamil setelah buat perancangan rapi. Dia mula takut segala rancangan liciknya dan rahsia silam dirinya yang disorok dengan teliti selama ini akan terbongkar dan diketahui oleh suaminya, Al-Barra'. 

Namun, satu rahsia mula terbongkar ketika Ririn mengalami komplikasi serius dan perlu pembedahan segera untuk selamatkan nyawanya dan bayi. Doktor maklumkan ada tanda trauma lama pada rahim Ririn akibat prosedur pengguguran janin yang telah  dilakukan lebih dari sekali. Al-Barra' mula curiga dan kenangan malam pertama mereka muncul dan jadi tanda tanya kenapa perkara sebesar itu disembunyikan oleh Ririn?. Jadi, kalau nak tahu apa lagi rahsia si Ririn ni sehingga terjadinya perpisahan mereka, korang kena cari dan baca sendiri yaa. Rasanya macam ada sambungan je, tak sabar akak sis he he he...

Aku memang tabik dengan cara penulis mengolah setiap watak dan mainkan jalan cerita ni. Tahniah sis RH sebab berjaya sakitkan hati aku jadi benci tahap kaw-kaw dengan watak si Ririn ni tau. Kisah diorang ni memang meninggalkan pelbagai rasa di hati aku ni. 

Walaupun kisah Kapten Al-Barra' ni tiada happy ending, tapi aku tersangatlah gumbira dengan akhiran kisah ini bila mereka berpisah dan hak penjagaan anak perempuan mereka, Lily Aralyn dapat pada Al-Barra'. Aku sebenarnya memang kasihan dengan kisah hidup si Ririn ni. Aku tertanya-tanya ada ke berlaku kat luar sana ??? kalau ada memang sadisss... Aku rasa perempuan seperti si Ririn ni memang tidak layak dijadikan sebagai isteri kepada mana-mana lelaki yang bergelar suami seperti Al-Barra' yang sangat sempurna di mata aku. Ya, tiada siapa pun dalam dunia ni yang berkahwin dengan niat untuk berpisah di kemudian hari betul tak???

Jodoh itu rahsia ALLAH. Namun, usah mengeluh dan menyesal jika kita ditemukan dengan orang yang salah. Kerana dari pengalaman itu kita akan belajar untuk menjadi orang yang lebih sabar dan redha dengan ujianNya. Bertemu dengan orang yang 'salah' mungkin akan buat kita terluka tetapi percayalah suatu hari nanti kita pasti akan bertemu dengan seseorang yang tepat. Tidak ada kisah yang ALLAH ciptakan sia-sia, insya Allah pasti akan ada hikmah yang luar biasa yang akan kita syukuri satu masa nanti.

Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya". ~ Surah Al Baqarah ayat 216

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita.

Ada banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui watak Al-Barra' dan Ririn ni. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

  

 
 
T.E.R.B.A.I.K.

 

 

Sinopsis

 

 

RIRIN FADILA datang ke set filem itu dengan agenda tersendiri.

 

KAPTEN AL-BARRA' pula datang sebagai pelindung langit negara yang tak pernah meminta apa-apa balasan.



 

Antara sorotan kamera dan deru enjin jet, satu cinta tumbuh di tempat yang salah, pada masa yang salah, antara dua jiwa yang langsung tidak serupa.

 

Tapi apakah cinta yang dibina atas kepentingan diri mampu bertahan ketika dunia nyata mula mengetuk pintu?



... lagu Kau Khianati Cinta  - PKhanimy ...
 

 
 
 
... lagu Kepuraanmu  - Luqman Faiz ...
 
 

 
 ... lagu Luluh  - Khai Bahar ...
 
 

 
 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  
  Rose Harissa   






No comments:

Post a Comment