Arjuna Dari Langit : Kapten Nazran Shah


 

Penulis   :  Rose Harissa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  HA Novels Publication
Bilangan Mukasurat : 495
Tarikh Terbitan : Okt 2025  
ISBN :  978-629-94206-2-0 
Rating : 


 

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 9 penulis hebat ini selepas Wasilah Cinta Weera, Hunky Avian Funky Arisa, Ali Alauddin, Aeldra, Raid Arjuna, Hatiku Untuk Dia, Black Ghost dan Kumbang Di Hatiku.

Arjuna dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat merujuk kepada dewa atau pahlawan hebat dalam epik Hindu Mahabharata yang termasyhur, simbol keberanian dan kewajipan. Ia juga bermaksud lelaki yang dikasihi sama ada kekasih, suami dan sebagainya.

Subhanallah, apa yang aku boleh tulis di sini, kisah Kapten Nazran Shah ini memang buat aku "kecut perut" sungguh menyentuh jiwa, raga dan penuh berilmu. Kisah ni bukan hanya berjaya menyingkap rahsia kehidupan seorang PERWIRA negara yang mungkin tidak pernah kita kenali, bahkan mungkin juga kita tidak pernah terfikir akan kewujudan mereka. Malah kisah ini telah berjaya mengangkat martabat para pejuang negara yang digelar sebagai Jet Fighter TUDM

Satu hakikat yang perlu kita sedar mereka ini sebenarnya adalah pahlawan negara yang berjuang berkorban jiwa dan raga untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengharapkan balasan, imbuhan dan pingat demi memastikan negara yang kita cintai ini dapat kita diami dengan aman, makmur dan tanpa ancaman musuh dari pihak luar. Inilah sebenarnya WIRA yang tidak pernah kita dendang yang perlu kita sentiasa ingati dan sanjungi. Moga kita sentiasa menyanjung tinggi dan menghargai segala bakti keringat wira-wira negara kita sendiri.

Syabas dan tahniah RH kerana berjaya pula menjulang dan mengangkat martabat Jet Fighter TUDM. Rasanya tidak perlu aku nak cerita panjang dan komen meleret. Kena beli buku RH ini dan baca sendiri ya. Perrgghh...tak sangka begitu besar risiko, pengorbanan dan berat tanggungjawab yang dipikul oleh seorang juruterbang negara ni. Moga mereka sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah kasih sayang syahdu yang buat aku tersenyum tersipu malu ni. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

  
 
 

Sinopsis

Dia hanya gadis biasa - orang awam
Dia seorang fighter pilot - sang pelindung langit. 

Dua dunia bertembung.

Seorang wanita belajar berani, dan seorang pejuang udara yang akhirnya menyerah pada hatinya sendiri.

Hidup Iraina sederhana, sepi tanpa keluarga. Tapi segalanya berubah bila dirinya masuk ke dalam radar Kapten Nazran Shah, juruterbang TUDM yang terkenal dengan disiplin setegas F/A-18D Hornet yang dipandunya.


 

Nazran 'KRAKEN' terbiasa dengan langit, risiko, dan misi yang tak pernah menjanjikan kepastian. Tetapi di sisi Iraina, dia akhirnya menemui makna sebuah rumah.

Majlis Sword Bearer yang mengikat janji, Nazran bawa Iraina melangkah dalam dunia penuh cinta, kehilangan, dan keberanian.

Dan di langit yang sama, Iraina tahu... arjuna dari langit itu kini miliknya seorang.

 

 

 

 

 ... lagu Anugerah Terindah - Black ...

 


 

 ... lagu Cintamu Muzik Di Hatiku - Anita Sarawak ...

 

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  



 

 

No comments:

Post a Comment