AELDRA


 

Penulis   :  Rose Harissa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penulisan Enterprise
Bilangan Mukasurat : 410
Tarikh Terbitan : Mei 2019
ISBN : 978-967-2102-90-8
Rating :

Ulasan :   

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya keempat penulis hebat ini selepas Wasilah Cinta Weera, Hunky Avian Funky Arisa dan Ali AlauddinAkhirnya dapat jugak aku peluk buku ni setelah lama mencari.

Nak tahu apa maksud karya 'Chick Lit' ni?  Menurut pakcik Google, Chick adalah bahasa slanga Amerika yang merujuk pada wanita, manakala lit adalah singkatan daripada literature (sastera). Novel chicklit adalah novel popular yang memaparkan warna-warni kehidupan wanita muda dalam suasana moden di bandar (metropolitan). 

Karya RH kali ini agak 'berani' dan lebih sesuai untuk bacaan dewasa ya. RH berjaya mengupas isu Pedofilia dan LGBT, isu yang berat dan sensitif dalam kisah Aeldra ni dengan begitu santai dan baik sekali. Pertama kali aku baca cerita konsep POD dengan dua takdir atau pengakhiran yang berbeza.  Jika diberi pilihan, aku pilih Takdir 2 sebagai penamat cerita kerana kisah diorang ni beri kesan yang lebih mendalam pada aku dan happy ending.

Sejujurnya aku dah jatuh hati berguling-guling dengan watak Aeldra ni kerana pada aku RH telah berjaya mencipta satu watak yang penuh dengan aura positif dan meletakkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit dan keluar dari masa lalu yang hitam dan kelam demi menjalani hidup yang lebih baik dan bertekad untuk menjadi insan yang lebih positif dan produktif. Biar bagaimana pun hitam masa lalu yang pernah dilalui, usah berhenti untuk berubah ke arah yang lebih baik dan sempurna. Insya Allah, suatu hari usahamu pasti berjaya jika ISTIQAMAH.

Adakalanya, orang yang melalui masa lalu paling kelam akan menciptakan masa depan yang paling cerah ~ Umar Ibnu Al Khattab

Tiada salahnya jika suami jauh lebih muda daripada isteri, jika suami itu lebih matang dan boleh menjadi imam dan ketua keluarga yang lebih bertanggung jawab dan terbaik buat seorang wanita yang bergelar isteri. Stigma atau pandangan negatif masyarakat tentang perbezaan usia kini tidak lagi jadi penghalang pasangan cinta lelaki yang lebih muda dengan wanita lebih berusia.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui watak Aeldra dan Ailyn ni. Aduhai, mana nak cari suami seperti Aeldra ni ye he he he... Setiap wanita bergelar isteri pastinya mendambakan suami seperti Aeldra ni tau. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 


 

Sinopsis

Ai. Lyn.

Aeldra panggil aku Ai. Afeef panggil aku Lyn. Sebetulnya, nama aku Ailyn. Umur dah 29 tahun tapi belum menikah. Afeef tu dah jadi boyfriend aku selama 11 tahun. Tapi... Belum mahu ajak aku kahwin. Entah apa kurangnya aku... Hesy!

Aku ni...
Rupa paras √
Awet muda √
Business sendiri √
Rumah √
Mak ayah √ Dua-dua masih hidup lagi.

Aeldra mengurat aku tapi aku malas layan. Hei, aku Ailyn... seorang pencinta yang setia. Aku jaga cinta dan hati aku ni untuk boyfriend aku tu.


"Dia arkitek, dah tentu dia tak ada masalah duit nak kahwin dengan Ai. Tapi kenapa dah 11 tahun couple Ai dengan dia masih tak kahwin-kahwin? Ai patut curiga"

Ini ayat Aeldra. budak hingusan ni sengaja nak racun fikiran aku. Sebab Aeldra, rasa curiga aku tiba-tiba tumbuh terhadap Afeef. Hmmm... Aeldra tu, senyum pun nampak gusi, gigi bulky... Namun bila lama-lama dengan dia ternyata menghabiskan masa berbual dengan Aeldra sangat menyenangkan.

"Tapi kan... Macam cute pula tengok dia senyum nampak gusi tu. Buat muka dia rare dan exotic! Rasa macam tak jemu tengok muka dia..."

"Bibir dia, Sab seksinya!..."


Aku tepuk dahi sendiri. Boleh rosak pemikiran suci bila dapat kawan-kawan yang suka pandang orang macam scanner! Ada saja topik hangat yang akan keluar kalau nampak lelaki depan mata. Sebab itulah ilmu selepas kahwin aku agak banyak, dapat daripada Sab dan Min, bestfriend aku. Mentang-mentang dah kahwin. Isy!

Mula-mula aku malas nak endah kata-kata Aeldra tapi selepas satu peristiwa yang berlaku depan mata antara Afeef dan perempuan lain, aku rasa dunia menjadi gelap.

Aku sayangkan Afeef.

Perlu ke aku maafkan Afeef dan terima dia semula?

"Ailyn, lelaki gentleman itu wujud tak kira usia... Not all men mature at the same rate."

Aeldra, jangan serabutkan aku!

 

 

 ... lagu Rapuh - Opick ...

 


 ... lagu For The First Time - Kenny Loggins ...

 


 



 

No comments:

Post a Comment