Belongs To Mr Psycho




Penulis   :  Rinsya Chasiani  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 350 (e-book)
Tarikh Terbitan : 1990 / 2022
ISBN : 978-967-2813-262
Rating :

 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ketujuh penulis ini selepas  Khair, Sweetness In You, Chan, Mr. Egois!, Belongs To Mr Devil, Belongs To Mr Enemy, Belongs To Mr Perfect dan Dasuki, Bitterness In You. Adoi, belum habis lagi rasa kemaruk aku nak selongkar siri Belongs yang terakhir ni pulak.

Kisah Ronuwell Galileo Romerneo (Asyraf Leo) dan Nur Hawa Khadijah (Hawa) yang terpaksa kahwin atas dua motif yang berbeza. Hawa ingin selamatkan syarikat dan calon pilihan datuknya manakala Asyraf Leo pula ingin memiliki Zin Corporate.

Biasa tak dengar pesanan orang tua-tua dahulu,  'jangan benci sangat nanti jadi sayang'. Leo lelaki berketurunan Cina-Iban sanggup mengucap dua kalimah syahadah dan menikahi Hawa semata-mata atas urusan perniagaan. Segala perancangan asal Leo berubah setelah mengenali dan tinggal serumah dengan Hawa yang cacat penglihatan. Tak sangka, sikap kasar, panas baran dan ego Leo yang tinggi melangit akhirnya bertukar menjadi belas dan jatuh sayang pada Hawa. Hidayah itu milik ALLAH dan hanya DIA yang akan memberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. 

Ada nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis

Bagi Tan Sri Nazin, Nur Hawa Khadijah merupakan berlian yang hampir rapuh. Apatah lagi setelah kehilangan deria penglihatan akibat kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kedua orang tuanya.

Sebagai seorang datuk, Tan Sri Nazin menjaga Hawa umpama seorang puteri. Disayangi, dilindungi dan diberikan kehidupan yang serba serbi sempurna. Setelah Tan Sri Nazin meninggal dunia, Hawa diangkat menjadi pewaris empayar perniagaan arwah datuknya.


Tapi bagaimana dia mahu menguruskan Zin Corporate dengan keadaannya yang hampir buta? Musuh perniagaan semakin menunjukkan taring, mahu menjatuhkan empayar yang dibina oleh Tan Sri Nazin. Tiada siapa yang takut dengan gadis buta seperti Hawa. Ekonomi Zin Corporate semakin goyah. Kerana tiada pilihan, Hawa menerima lamaran Asyraf Galileo. Dia meletakkan harapan agar Asyraf berjaya memulihkan Zin Corporate.

“Betul ke arwah datuk saya pernah minta awak untuk jadi suami saya?”

“Ya.”


Ikatan perkahwinan tanpa didasari oleh cinta, hanya berlandaskan urusan perniagaan semata-mata. Adakah Hawa masih boleh menggapai rasa bahagia? Bagi Asyraf, perkahwinan mereka berdua tidak akan kekal. Dia sudah punya wanita lain yang jauh lebih sempurna. Mandy tidak pernah gagal menjadi trofi kebanggaannya. Cuma kenapa hati Asyraf sentiasa berbelah bahagi berhadapan dengan si isteri?

“Hawa... You have me.”

Ketika Hawa sedar dia bukan pilihan Asyraf, ketika Hawa tahu tujuan Asyraf berada di sampingnya, dia terbangun dari lena yang panjang. Tiada siapa yang ikhlas memanjakan dirinya selain arwah Tan Sri Nazin!

Pengkhianatan Asyraf tidak mampu diterima. Walau cintanya utuh, dia perlu berundur sebelum maruahnya benar-benar tersungkur.

“Kita bawa haluan masing-masing. Jangan cuba dekati I. Kita dah tak ada apa-apa.”

Hawa parah dan pasrah. Tetapi bagaimana dengan Asyraf pula?

 

 

... lagu Sayang Kau Tercipta - Aziz Harun ...

 


 

No comments:

Post a Comment