Dasuki , Bitternes In You


 

 

Penulis   :  Rinsya Chasiani  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 1.75 MB EPUB(e-book)
Tarikh Terbitan : 1990 / 2019
ISBN : 978-967-1654-927
Rating :

 

 
 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya keenam penulis ini selepas  Khair, Sweetness In You, Chan, Mr. Egois!, Belongs To Mr Devil, Belongs To Mr Enemy dan Belongs To Mr Perfect.

Kisah Abeer Hanan dan Ahmad Dasuki aka Mat Ki ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Kisah diorang ni agak meleret-leret sikit dan kurang berjaya menyentuh hati dan perasaan aku ni jika nak dibandingkan dengan karya lain yang pernah kubaca sebelum ni.

Walau bagaimanapun, ada juga mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis 

Aku, Abeer. Kata aje anak dara tua, tak kisah dah. Mak beria nak carikan aku jodoh. Kiranya kena kahwin tahun ini juga. Tapi, "dia" muncul dalam hidupku dengan tiba-tiba!

Dia, lelaki yang mengagungkan budaya hedonisme. Rambutnya terpacak berwarna perang, pakaian berjenama mahal, kereta sentiasa bertukar-tukar, dan katanya...

"I Jason!"

Jason? Aku rasa nak gelak berguling-guling. Pertemuan kali pertama kami adalah tragedi. Dia yang angkuh membuatkan aku jadi hilang sabar. Oleh itu, aku melayaninya dengan buruk sekali. Cuma hairan, dia semakin rajin mendekati. Katanya mahu menyunting aku sebagai isteri!

"Since you dah tahu I kaya dan berkemampuan, jom kita kahwin." - Mad Ki

Entah macam mana aku tiba-tiba aje setuju. Cair juga sebab dia punya pakej kacak, kaya, bergaya, dan sweet-talker. Cuma aku tak tahu, hubungan yang bermula dari tanda tanya boleh membawa ke arah malapetaka.

"I tahu you dapat maafkan I." - Mad Ki

"Kalau tu yang you fikir, you dah silap. I bukan selemah yang you bayangkan. I bukan sebodoh yang you rasakan. You know what? Walaupun you anggap I dah maafkan you, di mata TUHAN you tetap sampah!" - Abeer Hanan

Adakah cinta itu wujud bersama benci? Lalu bagaimana arah perkahwinan kami nanti?

Yang aku pasti, rahsia Mad Ki membuat jiwaku hampir mati!

 

 

 

No comments:

Post a Comment