Bidadari Tanpa Sayap


 

Penulis   :  Ezza Mysara  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penulisan Enterprise
Bilangan Mukasurat : 798
Tarikh Terbitan : Apr 2019
ISBN : 978-967-2102-85-4
Rating :

 

 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kedua penulis ini selepas hampir lapan tahun yang lalu baca Bukan Cinta Secondhand.
Tertarik untuk selongkar kisah ni setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di goodreads.

Kisah Deeja dan AJ ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Kisah diorang ni memang agak panjang dan meleret-leret sikit. Aku rasa agak lelah nak habiskan bacaan sampai muka surat terakhir dan kisah diorang ni kurang berjaya menyentuh hati dan perasaan aku ni.

Walau bagaimanapun, ada juga mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis 

Maafkan aku, Deeja. Tolong jagakan adam untuk aku. - MAYA

Satu mesej ringkas daripada sahabat baiknya, Maya telah membuatkan hidup Deeja berubah 360 darjah. Anak kecil yang tidak berdosa terpaksa membayar harga kesilapan yang dilakukan oleh si ibu.

Atas dasar tanggungjawab, Deeja mengambil keputusan untuk menjaga Adam. Siapalah yang tidak jatuh sayang pada si comel itu? Kehadiran Adam telah merapatkan lagi hubungan Deeja dengan rakan sekerjanya Aali Jazimin yang sarkastik, misteri dan perahsia. Kedatangan Adam juga telah menyingkap satu rahsia AJ yang selama ini tersimpan kemas.

“Aku takut budak-budak. Aku ada pedophobia. Jadi jauhkan Adam dari aku.” - AJ

“What? Pedophobia? Astaghfirullahalazim... Aku tak sangka selama ni kau bernafsu pada kanak-kanak. Itu jenayah dan berdosa pula tu!” - DEEJA

“Woiii... Aku sebut tadi pedophobia bukan pedophilia, mangkuk!” - AJ

Pelbagai cabaran perlu ditempuhi untuk membesarkan Adam. Deeja bukan sahaja perlu berdepan dengan tohmahan masyarakat, dia juga perlu menepis kebencian ayahnya yang melarang dia untuk terus menjaga Adam.

“Kalau kau dah gatal sangat nak jadi ibu, biar aku carikan kau laki. Masa tu kau jagalah anak sendiri! Tak payah sibuk nak jaga anak orang yang dah tentu-tentu tak sah taraf!” - ENCIK YAACOB

Dugaan silih berganti namun AJ tak pernah berganjak dari sisi. Lamaran yang diterima membuatkan Deeja dijamah rasa terkejut.

“Why me? Why do you want a broken person like me?” - DEEJA

“Well... I'm not here to fix you. Aku di sini untuk berkongsi beban bersama kau. Tu aje.” - AJ

“You got a terrible mind, AJ.” - DEEJA

“Really? Because the only thing on my mind is... You.” - AJ

Ada sesetengah cerita dipendam kerana ia terendam dengan duka. Berkongsi hidup bermakna mereka perlu berkongsi rasa sakit bersama. Apakah rahsia yang tersimpan di sebalik fobia yang AJ alami? Mampukah seorang Deeja membantu AJ untuk sembuh? Bagaimana pula dengan nasib Adam? Adakah Maya akan pulang menuntut si kecil?

 

 

 

No comments:

Post a Comment