Belongs To Mr Perfect


 

Penulis   :  Rinsya Chasiani  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 0.64 MB EPUB(e-book)
Tarikh Terbitan : 1990 / 2022
ISBN : 978-967-2813-019
Rating :

 

 
 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kelima penulis ini selepas  Khair, Sweetness In You, Chan, Mr. Egois!, Belongs To Mr Devil dan Belongs To Mr Enemy. Rasanya aku dah macam ketagih pulak nak selongkar semua siri Belongs si RC ni ha ha ha.

Kisah Anna dan Dylan nampak cliche, kisah rumah tangga pasangan yang masih belum dikurniakan anak selepas melayari lima tahun perkahwinan dan sering menjadi bahan kutukan dan sindiran mertua. Namun, kisah diorang ni berjaya meninggalkan kesan yang begitu mendalam dan mainkan emosi aku jugak. Sebab aku juga pernah mengalami situasi yang sama suatu ketika dulu. Jadi aku memang faham bagaimana ia memberi tekanan perasaan yang begitu hebat kepada aku dulu. Dan aku tidak nafikan tekanan itu bukan sahaja boleh mengganggu dan mempengaruhi emosi aku, malah ia juga boleh menjejaskan hubungan di sekeliling dan tempat kerja.

Cumanya, aku rasa terkilan dengan sikap dan tindakan Dylan yang terlepas pandang dan tidak ambil peduli tentang perasaan dan seksaan mental yang dihadapi oleh Anna ketika berdepan dengan ibu Dylan. Sebagai suami, Dylan sepatutnya tidak berdiam diri je seolah-olah Anna seorang sahaja yang bersalah dan dipersalahkan dalam isu anak itu. Mana-mana isteri pun akan mengalami masalah tekanan jiwa dan perasaan melampau yang sama seperi Anna ni jika si suami lepas tangan je dan tidak ambil peduli dan mempertahankan isteri di hadapan ibu sendiri.

Banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah sedih diorang ni. Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

Sinopsis 


 

Perceraian Dylan Rafikk dan Raihanna bermula dari punca tekanan kehidupan. Namun Dylan tidak pernah melepaskan Anna dalam erti kata yang sebenar. 

Dia mencari titik tolak punca masalah namun mengalami kemalangan sebelum sempat memperbaiki hubungannya dengan Anna. 

Adakah jodoh mereka terlerai begitu sahaja ?




 
 
 
 
 
 
... lagu Muhasabah Cinta  -  Anisa Rahman ...
 
 
 
 
 
... lagu Berdua Bersatu  -  Forteen ...
 
 

 
 

No comments:

Post a Comment