Belongs To Mr Devil


 

Penulis   :  Rinsya Chasiani  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 1.42 MB EPUB(e-book)
Tarikh Terbitan : 2021
ISBN : 978-967-1910-399
Rating :

 

 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ketiga penulis ini selepas  Khair, Sweetness In You dan Chan, Mr. Egois!. Tertarik untuk beli ebook ni setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di shopee @rcpublication. Ebook dalam bentuk pdf ni nampak lebih kemas, menarik dan mudah untuk dibaca.

Kisah Ara dan Malek ni biasa-biasa je, tiada konflik yang peningkan kepala aku. Cerita diorang ni pendek dan ringkas je. Segala permasalahan dan rahsia di antara Ara dan Malek dan peristiwa hitam yang berlaku 5 tahun dahulu akhirnya terungkai dan terjawab di akhir cerita. "Pepatah Inggeris kata "Don't judge a book by its cover". Rupanya Malek tidaklah jahat seperti yang dicerita dan disangka. Masih ada sisi baik Malek yang tidak diketahui walaupun sikap dan luarannya nampak jahat dan kasar. Aku rasa kurang sesuai tajuk Devil ni nak digambarkan dengan watak Malek.

Ada nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip melalui kisah santai diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


Sinopsis 

NUR ARAYANA, diperangkap oleh Malek Darren Ng, lelaki dua pupu yang dianggapnya sebagai abang pada usia 16 tahun. 
 
 
“Tak... Orang tak tidur dengan Abang Malek.” - Ara
 
Tapi, siapa yang percaya dengan kata-kata Ara? Keluarga sendiri pun tidak yakin dengan kata-katanya! Dan kerana dia masih mentah, Ara tidak punya pilihan lain selain berkahwin dengan Malek Darren Ng. 
 
Malek, lelaki yang memiliki aura hitam. Kerana kepentingan peribadi, dia mempergunakan adik kepada kawannya sendiri. Namun bukan Ara yang dia mahukan, tapi sebuah kebebasan! 
 
Lima tahun meninggalkan Ara, pertemuan semula mereka berdua sewaktu Ara menyambung pelajaran di UKM membuatkan Malek Kembali teruja. Tetapi pada Ara, dia jelik melihat perempuan di sekeliling pinggang suaminya. Menyaksikan drama cinta Malek dengan perempuan berambut ungu hampir membuatkan Ara terasa tidak betah. 
 
“But, baby... I love you! I truly love you. I cantik, kan? Apa yang kurangnya pada I?” - Perempuan berambut ungu. 
 
Malek mula mengejar Ara. Mengganggu hidup Ara adalah nikmat baginya. Dan Ara pula, semakin rimas menerima ugutan dan paksaan dari Malek. 
 

 
“Kau duduk. Aku nak cakap sesuatu.” – Malek
“Aku kat bawah. Kalau kau tak keluar, aku naik ke atas.” – Malek 
“Semua orang akan tahu kau tu isteri aku.” – Malek 
“Umur kau berapa?” – Malek 
 
“Memang tak layak. Awak tu dah lah playboy. Perempuan keliling pinggang.” – Ara 
 
Dengan keupayaan Malek, Ara tidak dapat mengelak daripada tinggal bersama dengan lelaki itu. Namun Ara tidak mengalah dengan mudah. Dia mencipta perjanjian agar satu hari nanti Malek bakal melepaskannya. 
 
Tatkala Malek sudah separuh mati menyayangi Ara, namun hati gadis itu tetap seperti besi. Lima tahun Ara menyimpan dendam terhadapnya. Lantas, Ara menggunakan setiap peluang yang ada untuk lari dari genggaman lelaki itu. 
 
“I hate you, Malek. I hate you...” – Ara 
“You are too much...” Malek menggelengkan kepala. Tangannya dijatuhkan ke sisi.
 
Adakah Malek rela melepaskan Ara yang tidak pernah berputus asa untuk sebuah kebebasan yang dimahukannya? 

 

 

 ... lagu Berakhirlah Pencarianku  -  Hafiz Suip & Ernie Zakri ...

 




 

No comments:

Post a Comment