Bimbo




Penulis  :  Rin Ahmad
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Kaki Novel
Bilangan Mukasurat : 570
Tarikh Terbitan :  Januari 2015
ISBN : 978-967-0448-87-9
Rating :   


Ulasan :

Apa maksud BIMBO? Aku memang teramat teruja untuk menghadam segala isi perut karya ini yang telah kuperap selama beberapa minggu walaupun buku ini sebenarnya telah kubeli secara terus dari fb penulis dan siap dapat autograph lagi tau. Bukannya apa, aku nak cool down sikit gelodak hati aku yang tak tertahan nak tahu apa kisah yang cuba disingkap oleh penulis dalam karya terbarunya ni. Tajuknya pun dah buat dahi aku berkerut lapis. Dan hasilnya memang PERFECT dan tidak boleh disangkal lagi. Apa yang dapat aku katakan karya ini memang TERBAIK di antara karya RIN AHMAD yang pernah aku baca selepas ARLUNA dan USD. Kalau tak percaya kena cuba cari dan baca ye. Wow aku memang tabik dengan penulis ini  kerana berjaya buat aku kenal B.I.M.B.O ni apa maksud sebenarnya. Aku rasa karya ni telah memperlihatkan tahap kematangan penulis dalam gaya penulisan dan perkembangan watak-watak utama dalam teknik imbas kembali pada aku begitu sinis dan realistik sekali. Catatan diari watak Dani yang dilakarkan dalam karya ini berjaya menarik aku menjiwai watak dan menyelami perasaan Dani berperang dengan sakit Bells Palsy yang dihadapinya dengan tekanan dalam diri dengan begitu berkesan sekali. Tak tahu apa perkataan yang aku nak tulis kat sini kerana sejujurnya karya ini telah berjaya merungkai banyak persoalan dalam hidup ini yang tak mampu kuolah dan tulis dalam ruangan yang secoet ni.  

Kisah berbisa yang sungguh meruntun jiwa dan menyentap tangkai hati. Setiap baris ayat yang cuba diterjemahkan dari karya ini bukan sahaja buat aku rasa berapi dalam diri malah seperti terasa mencurah air terpercik ke muka sendiri. Yang pasti, kisah ini buat aku lebih berhati-hati, memahami dan menyesali akan maksud DENDAM, EGO dan penyakit HATI yang pernah bersarang di lubuk hati. Selain itu juga, baru aku tahu tentang sakit Bell's Palsy (BP) ni macamana sebenarnya. BP ni disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang di bahagian sebelah muka sahaja dan akan rasa teramat sakit untuk gerakkan otot di sekitarnya. Tempoh pesakit mengalaminya tidak dapat dipastikan berapa lama. Ada yang sekejap dan ada yang ambil masa yang lama untuk sembuh. Manakala Trigeminal Neuralgia (TN) pula pesakit akan alami sakit di sekitar saraf seluruh bahagian muka, mata dan kepala. Akan rasa sakit yang amat sangat untuk mengunyah makanan, bercakap dan akan rasa teramat sakit jika terkena dengan air yang sejuk. Pesakit perlu bergantung pada ubat untuk selama-lamanya dan mungkin perlukan pembedahan untuk sembuh. Walaupun simpton dua penyakit ini hampir sama tetapi sebenarnya berbeza.


Alhamdulillah kerana dengan izinMu ya Allah, aku dapat menghayati dan menelan semua mutiara indah dan maksud tersirat dari karya yang padat dan mantap ini sehingga berjaya membuatkan aku sedar dan insaf diri. Syabas dan tahniah kepada RIN AHMAD kerana menghasilkan secebis kisah yang mampu mengajak pembaca untuk sama-sama muhasabah diri dan kembali kepada penciptaNya. Semoga penulis akan terus dengan usaha-usaha dakwah dalam berkarya yang bukan hanya dapat mengajak, mendidik malah menyedarkan pembaca secara halus dalam melayari kehidupan di dunia fana yang penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran ini. Semoga kita semua dipermudahkanNya menjadi seorang Muslim yang sentiasa mendapat keredhaanNya insya-Allah.  Ya, aku sangat setuju dengan penulis memang bukan mudah untuk jujur, mengaku silap sendiri dan maafkan apa yang orang dah buat pada kita. Namun itulah realiti hidup yang perlu diterima dan setiap yang berlaku ke atas kita itu anggap ia sebagai satu ujian dan nikmat kasih sayang dari Allah. Terima dengan berlapang dada dan sentiasa sematkan di hati dan akal kita bahawa takdir Allah itu adalah yang terindah bagi orang yang beriman.Wallahuallam.

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

Be like a diamond, not like pebbles

Never give up on the people you love and the people who love you

You have to be cruel to be kind

Takdir Allah adalah indah bagi orang yang beriman

Life can change in an instant, for good and bad,
Some changes we control, some we don't.
So, look for reasons to be grateful,
hold your loved ones close
and remember that even grief is important sometimes

Kenikmatan yang dicari tatkala sibuk dengan urusan duniawi ditarik oleh Allah dalam sekelip mata

Bukan mudah jujur dengan diri sendiri.
Bukan mudah untuk mengakui kebenaran

If I can't forgive you means I am further away from Allah forgiveness.
Sometimes sorry is not enough or it is never valid. Once broken, it can never be undone
but forgiveness and reda makes all the difference

Dalam dunia ini tiada yang sempurna kerana kesempurnaan itu milik DIA

Strong person will not walk away from the people who hurt them.
They will forgive because forgiving is their way of taking care of themselves

ALLAH gives you only what you can bear

Nak jadi baik tu senang, nak jadi beriman tu yang payah
Orang yang beriman, objektif dia nak masuk syurga

Dugaan setiap orang berbeza-beza, tapi tujuan tetap sama 
iaitu impian untuk tempat yang selesa pada hari abadi

Tanggungjawab suami menjaga isteri ialah amanah Allah yang sangat besar
 
Ujian kebahagiaan Allah datangkan untuk menguji hambaNya sama ada bersyukur atau kufur
 
...inilah lagu Just The Two of Us - Bill Withers masa Dani dok layan perasaan teringatkan El...
 


...ini pula lagu Let Her Go - Passenger ...


...dan ini pula lagu pilihan Dani Someone To Love - Jon B. feat Babyface untuk Wedding song Dani & El   ...



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rin Ahmad




2 comments:

  1. the best ...
    novel yg sgt worth to buy.
    humbs up
    highly recommended

    ReplyDelete