Penulis : Anita Aruszi
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction / Cinta
Penerbit : Fajar Pakeer
Bilangan Mukasurat : 645
Tarikh Terbitan : 2011
ISBN : 978-967-365-051-4
Rating : ★★★★
Ulasan :
Alhamdulillah syukur kerana dengan izinNYA aku berpeluang "menyelongkar" karya ke 5 penulis yang telah pun menjadi favourite aku kini. Buku yang telah kubeli secara terus via fb penulis ini telah pun berada di tanganku sejak beberapa bulan yang lalu, namun baru kini dapat kuhadapnya. Biasalah kan...nak baca novel ni pun ada mood swing jugak kan... Satu lagi kisah realiti kehidupan yang sungguh menyentuh hati dan nuraniku. Apa yang pasti setelah membaca beberapa karyanya terdahulu, aku seolah-olah sudah terbiasa dan dapat membuat sedikit andaian dengan gaya penulisan Cikgu, si penulis yang unik ini kerana cerita dan karyanya pasti akan menjentik pelbagai rasa yang berbeza di hati pembaca. Dan selepas membaca setiap baris ayat dari karya yang syahdu ini pasti akan membuatkan hatiku sebak sehingga tidak mampu ku tahan air mata ini melimpah keluar. Baca buku penulis ini tidak sah kalau tidak nangis tau. Memang bengkak mata kalau tidak percaya cubalah baca karya Cikgu ni.
Dalam karya ini, pada awalnya aku begitu seronok dengan permulaan cerita yang agak lucu dan mencuit hati dengan perkembangan watak-watak utama yang menggelikan hati dan buat aku sengih sorang je. Namun, di akhir cerita penulis memang bijak dan berjaya membuai perasaan aku dengan pelbagai rasa yang mencengkam di hati dengan rasa manis, pahit, sedih, sakit hati, kecewa, geram, gembira dan macam-macam rasa ada dalam hati aku ni. Secara peribadi aku rasa karya ini agak kurang beri kepuasan maksima kepada aku berbanding karyanya seperti Mencari Kiblat Cinta, Lelaki Itu Untukku dan Kasihku Arina. Walau bagaimanapun, aku memang sangat suka dengan karya-karya penulis ini kerana setiap karyanya mempunyai kisah dan teknik yang pelbagai dan pasti tema utamanya tentang konflik kekeluargaan. Banyak pengajaran berguna yang dapat dijadikan teladan dan menginsafkan pembaca. Sesungguhnya walau sejahat mana sekalipun ibu dan ayah kita, mereka tetap ibu bapa yang perlu kita hormati dan sayangi kerana mereka tiada galang ganti di dunia ini kerana tanpa mereka tidak akan lahir kita di dunia ini.
Sinopsis
Aqila Murni (Aqi) membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya kanser rahim. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan (rabun warna) akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunyi di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakan orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah dari membenci!
Nadzihar Hakim (Zahar), anak muda berperwatakan serius yang membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Membesar bersama ayah dan nenek setelah ditinggalkan oleh ibu. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik dari jiwa terseksa! Lalu di bawah langit biru mereka bertemu.
Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka, andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?
Atau mungkin nanti… Hati yang sunyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?
...inilah lagu I Knew I Loved You - Savage Garden luahan rasa hati Aqila...
...Ini pula lagu This I Promise You - N'Sync luahan rasa hati Zahar ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye... Anita Aruszi / Mazni Aznita
No comments:
Post a Comment