Penulis : Anita Aruszi
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction / Cinta
Penerbit : Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 692
Tarikh Terbitan : 2012
ISBN : 978-967-0342-40-5
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Fuhh ! memang puas hati hadap baca karya ke-6 penulis favourite aku ni. Berbaloi aku bersengkang mata membedah siasat isi perut buku ini tau. Memang tak sangka puas hati TAHAP MAKSIMA. Well done Cikgu !. Sebenarya aku ni tak berapa suka baca kisah yang seram tapi selepas baca buku ni aku jadi suka pulak dengan cerita misteri dalam karya ni, sebuah cerita thriller supernatural yang diadun dengan unsur-unsur mistik, sains dan sejarah. Walaupun cerita ini hanya fiksyen atau cerita rekaan semata-mata tetapi kisah dalam karya ini terasa begitu 'hidup' pada aku dan memang buat aku jadi tak keruan dan rasa meremang bulu romaku sepanjang pembacaanku dari awal hingga akhir muka surat. Sentiasa buat aku tak sabar-sabar nak selak muka surat sebelah dan asyik tertoleh-toleh pandang belakang dan tertanya-tanya dan terfikir-fikir sendiri je. Dan aku mengaku aku hanya berani baca buku ni waktu siang je tau, waktu malam tak berani woo... Aku tidak mahu comment lebih-lebih kat sini, cukup sekadar kukatakan karya ini adalah yang TERBAIK dan PERFECT pada kaca mataku di antara karya-karya penulis yang telah kubaca sehingga kini. Kepada mereka yang suka cerita genre begini, Highly Recommended Book.
Sinopsis
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu oleh satu makhluk dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Inspektor Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul pula boss yang sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat dan seorang lagi ditakdirkan untuk membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over! Namun Suria terpaut pada kedua-duanya sehingga dapat tahu mereka berdua sebenarnya ada ikatan darah dan bersaudara. ' Well... Two people that are meant to be together always find each other in the end ' .
" Cik Suria Baharom, walaupun kau selalu buat benda-benda yang pelik, tapi ini kali pertama aku suka dengan apa yang kau buat. Walaupun bunyinya macam perigi cari timba, tapi timba ni sudi dicari oleh si perigi. Sebab si timba ni dah lama jatuh cinta pada cik perigi " ~ Izwan
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye...
No comments:
Post a Comment