Penulis : Rin Ahmad
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Kaki Novel
Bilangan Mukasurat : 448
Tarikh Terbitan : February 2014
ISBN : 978-967-0448-59-6
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Arluna ~ Tewas Itu Taat, pertama kali 'membedah siasat' karya penulis ini setelah terlihat tajuk yang agak unik dan menarik ini di perkongsian geng goodreads. Ia seakan menggamit hatiku untuk menyelongkar karya penulis yang baharu sahaja aku kenali ini.
Pertemuan pertama Nia Arluna (Nina) dengan Johan Arif (Joe) dalam satu insiden terjatuh dalam kolam renang di puncak Sands Skypark, Singapura telah berputiknya bunga-bunga cinta di dalam hati Johan tanpa disedarinya sehingga membawa kepada pertemuan seterusnya sewaktu Nina menjalani praktikal di syarikat sahabat baiknya, Raziq. Johan mengambil keputusan melamar Nina untuk menjadi isterinya untuk mengelak daripada Fazleen 'udang galah' dari sering mengganggunya. Namun, kebahagiaan yang baru dirasai oleh Nina sering dikejutkan dengan mesej romantis dari Fazleen sehingga membuatkan Nina menjeruk hati.
Nina merasakan terlalu banyak yang tidak diketahuinya tentang diri Johan dan merasakan Johan berlaku curang di belakangnya dan masih ada hubungan dengan Fazleen. Walau bagaimanapun, Nina tetap cuba mempertahankan rumahtangga yang baru dibina itu dan cuba belajar untuk menjadi isteri yang terbaik buat Johan. Kesetiaan dan keikhlasan cinta Johan mula dipertikai oleh Nina. Ada waktunya Nina cuba bertindak dengan bijak mengambil hati Johan tanpa menunjukkan sebarang perubahan. Ada waktunya Nina tidak dapat mengawal emosinya yang sering mendahului akal apabila Johan ambil mudah dalam semua perkara dan tidak mengendahkan perasaan Nina sebagai isteri dan masih melayan Fazleen bekas kekasihnya itu. Mampukah Johan mendapatkan kepercayaan dan memujuk Nina semula ? Adakah Nina berjaya mempertahankan mahligai cinta yang baru dibina itu ? Kalau nak tahu bagaimanakah kesudahan cerita ini cuba dapatkan buku ini ye...
Pendapat peribadi aku, karya penulis ini boleh dikatakan hampir tidak mengecewakan aku. Tema dan plot ceritanya berkaitan cinta yang hadir selepas nikah. Gaya penulisan bahasanya bersahaja dan menghiburkan. Watak-watak utama dalam karya ini berjaya mencuit hati aku. Walau bagaimanapun, aku memang jatuh hati dengan watak 'Nina' yang mempunyai auranya yang tersendiri dan tahniah kepada penulis kerana berjaya menghidupkan watak-watak penting dalam cerita ini secara keseluruhannya dan memeriahkan suasana cerita ini melalui dialog 'sempoi' dan dialog/monolog aksi nakal dan bersahaja. Pengisian yang cuba diketengahkan oleh penulis lebih kepada pergolakan perasaan dalam melayari bahtera ikatan perkahwinan yang penuh ranjau dan duri. Setiap rasa kasih dan cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu pasti akan diuji sama ada kita bersedia atau tidak. Dan sebagai hamba-Nya kita harus berusaha mempertahankan mahligai yang dibina. Mohon petunjuk dan pertolongan dari Allah. Hanya kasih sayang yang berpaksikan iman yang kuat mampu menghadapi dan menangkis segala sudut dugaan yang datang.
Terima kasih kerana berkongsi dan berjaya menghasilkan karya yang bukan sahaja mencuit hati malah menyedarkan dan mengajak pembaca untuk sama-sama merenung, menerima dan yakin jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita adalah yang terbaik, terindah dan saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Terima dan kasih pasangan kita kerana Allah dan terima kekurangan dan kekhilafan pasangan sebagai satu kesempurnaan dalam melayari alam rumahtangga. Banyak ilmu rumahtangga dan tips berguna yang dapat dijadikan panduan dan pengajaran tentang peranan isteri dan hak isteri terutamanya tips dari Prof Muhaya, Dr Ariffin bapa mertua Nina dan umi Nina sendiri tentang peranan isteri dan hak isteri. Highly recommended book untuk yang baru sahaja bergelar isteri. Yakinlah dengan kasih sayang yang Allah limpahi dalam rumahtangga kita. Semoga kita dipermudahkan melayarkan bahtera rumah tangga ini hingga ke syurga-Nya, insya-Allah.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
' Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri ) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.' ~ (Surah Ar Rum : 21)
' Patience is bitter, but it bears sweet fruit '
' Kahwin ni bukan setakat kongsi katil tapi kena kongsi semuanya. Susah senang dan nafkah. Nafkah seorang isteri adalah berdasarkan kemampuan seorang suami '
' Seorang perempuan kena faham hak dirinya sebelum dan selepas kahwin. Sekiranya suami seorang yang miskin maka, nafkah adalah mengikut kemampuannya walaupun isteri adalah seorang yang kaya ' ~ (Surah At-Talaq : 7)
' Keluarga adalah ikatan yang terjalin tanpa kita memintanya. Kadangkala menyakitkan hati, tetapi mereka tetap keluarga kita. '
' Rasulullah SAW bersabda, Isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya. '
' Jika rasa susah dan rasa kehidupan baru mencabar, bangun malam dan mengadu pada Allah, minta Allah jaga hati kita atau hati suami kita. Doa dan minta dengan-Nya. '
' Taatilah suami walau apa pun kelakuannya kerana Allah '
' Anak itu amanah Allah. Harta dan anak adalah dua perkara yang pasti akan diuji untuk manusia. Harta sama ada Allah menguji hamba-Nya dengan kekayaan atau dengan kemiskinan. Dan anak, Allah menguji kita macam mana mendidik anak dan bersabar sama ada kita mendapat anak yang baik atau tidak '
' When a man has a family, he is rich '
' Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya dengan jodoh yang Dia tetapkan. Allah menemukan kita dengan pasangan yang menduga kesabaran emosi kita kerana Allah mahu kita sentiasa merayu dan merintih berdoa dan beribadah '
' Suami pinjaman di dunia tapi dia milik isteri '
' TEWAS ITU TAAT '
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rin Ahmad
arluna novel terbaek.
ReplyDeleteDah ulang bace 3 kali
mmg byk pengajaran dari arluna.
tagline yg sgt tak menahan tewas itu taat!
Thanks 4 ur comment Rania. Karya Rin ni memang terbaikkkk dan sarat dengan pengajaran utk kita yang bergelar wanita ...
ReplyDelete