Encik Doktor Hati Kering


 

Penulis   :  Rinsya Chasiani  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 0.80 MB EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : 1990 / 2020
ISBN : 978-967-17946-9-2
Rating :

 

 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kesembilan penulis ini selepas  Khair, Sweetness In You, Chan, Mr. Egois!, Belongs To Mr Devil, Belongs To Mr Enemy, Belongs To Mr Perfect, Dasuki, Bitterness In You, Belongs To Mr Psycho dan
Tuan Editor Garang. Layan lagi karya si RC ni.

Kisah Nas Iman pelajar perubatan yang menjadi sukarelawan frontliner dan Dr Nadhim ni memang mencuit hati dan berjaya buat aku senyum je terutama sekali dengan perangai selamba si Nas Iman ni hilang stress dalam kepala aku ni ha. Tak sangka pulak Dr Nadhim yang garang macam singa takde perasaan ni boleh jatuh hati pulak dengan si Nas ni he he he.

Walaupun kisah diorang ni agak pendek dan santai je, tapi berjaya menyedarkan aku tentang pengorbanan para doktor dan petugas frontliner semasa pandemik Covid 19 melanda negara. Baru aku tahu macamana susah payahnya tugas doktor dan frontliners ni. Memang perlu ada semangat dan kesabaran yang amat tinggi. Memang jatuh kasihan. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mereka semua aamiin.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah sempoi ni. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis

Nas Iman bertugas sebagai sukarelawan bertemu dengan Dr Nadhim Ghazali. Mengetahui Nas adalah adik kepada rakan sekolahnya, Dr Nadhim menjadi seorang yang pemarah, kasar dan suka membuli Nas Iman.

“Doktor tu tak berhati perut, Dahlah suka marah-marah orang. Apa masalah abang dengan Doktor Nadhim tu sebenarnya? Masalah perempuan ke? Apasal orang pula yang kena?” - Nas Iman

“Adik tak payah rapat dengan dia. Macam mana jadipun, adik kena jauhkan diri dari dia. Abang tak suka adik ada kaitan dengan Nadhim.” - Nazhan

“Kalau you suka I, itu masalah you. Tapi I tak suka you. You faham maksud I, Nas Iman?” - Dr Nadhim Ghazali

Nadhim dan Nas Iman dua nama yang menjadi seteru. Bergaduh bergaduh sehingga terjatuh… Antara mereka, siapa yang tangkap cinta terlebih dahulu? Mampukah mereka memujuk Nazhan untuk menerima Nadhim sebagai adik ipar?

 

... lagu Malaysia - Faizal Tahir ...

 




No comments:

Post a Comment