Jangan Cintai Aku


 

Penulis   :  Eyla Hime  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel Publishing
Bilangan Mukasurat : 1.89 MB EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Nov 2016
ISBN : 978-967-2185-01-7
Rating :

 

 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk selongkar setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Aku setuju dengan penulis yang mengatakan kisah Durrah dan Tariq ini agak 'mendera emosi' pembaca. Namun, kisah mereka ini juga berjaya memberi kepuasan dan kemanisan maksimum kepada aku. 

Kisah duka Durrah yang pernah diperkosa sehingga mengandung dan terbabit dalam kemalangan kereta sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki yang tidak berdosa. Setelah sedar dari koma yang lama, Durrah mengalami kemurungan yang teruk dan perlu bergantung kepada ubat. Setelah empat tahun baru Durrah berjaya menerima kisah silamnya itu dan cuba untuk mendekati Tariq adik kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut untuk memohon kemaafan dan mengakui segala kesilapannya. 

Siapa sangka Tariq yang jauh lebih muda 12 tahun daripada Durrah, yang pada mulanya tidak dapat memaafkan Durrah akhirnya jatuh sayang dan kasihan pula kepada Durrah setelah dia mengetahui kesakitan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh Durrah. Melalui sokongan Doktor Wafeeq dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi Tariq banyak membantu Durrah untuk bangkit semula daripada kesakitannya dan melawan segala ketakutannya.

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita.  

Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh aku kutip dan pelajari melalui kisah pilu diorang ni. Umur tidak boleh dijadikan sebagai ukuran, tanda perasaan dan perbandingan dalam mencari pasangan hidup. Tiada salahnya jika suami jauh lebih muda daripada isteri, jika suami itu lebih matang dan boleh menjadi imam dan ketua keluarga yang bertanggung jawab dan terbaik buat seorang wanita yang bergelar isteri. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis

Mendepani dosa silamnya bukan sesuatu yang mudah untuk Durrah lakukan.

Empat tahun lamanya wanita yang kini berusia 34 tahun itu mengambil masa untuk keluar dari balik tirai dan mendekati Tariq. Hasratnya ketika itu tidak lain tidak bukan cuma satu, untuk membantu Tariq mengejar cita-citanya, dan mengakui kesalahan diri serta memohon keampunan daripada pemuda berusia 22 tahun itu, sebaik dia benar-benar bersedia. Namun, lain jadinya.

“Macam mana kalau Tariq cakap Tariq dah jatuh hati pada Kak Durrah?” - Tariq

Tariq tiba-tiba meluahkan rasa, tatkala hubungan mereka menjadi semakin rapat.

“Kalaupun Tariq berdegil untuk terus sukakan Kak Durrah, Kak Durrah tetap takkan mampu untuk membalas semula perasaan tu sampai bila-bila.” - Durrah

Mana mungkin untuk Durrah membalas rasa itu tatkala dia melihat Tariq sebagai satu tanggungjawab yang perlu dia pikul atas dosa silamnya. Dan mana mungkin juga untuk dia menyambut huluran kasih yang diberikan, sedangkan usia mereka begitu jauh berbeza.


 

Bagaimanapun, kesediaan Tariq untuk menerima apa juga celanya, menyentuh jiwa Durrah. Kesungguhan pemuda itu yang tidak putus asa mendekati, mengusik hati kecilnya. Dan Durrah… semakin hari semakin hanyut, terbuai dengan perasaan yang kian memekar dalam diri.

Durrah cuba untuk menafikan. Tidak! Seorang pendosa yang penuh lumpur seperti dia tidak layak untuk mencintai. Apatah lagi dicintai. Saat luka dan emosi bersatu, mampukah Durrah mengatasinya?

 

 

 

 

 

... lagu Percayalah - Siti Nurhaliza ...




 ... lagu Sesungguhnya Aku - Alif Satar ...

 


 

 

No comments:

Post a Comment