Tuan Editor Garang

 

 

Penulis   :  Rinsya Chasiani  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 1.34 MB EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : 1990 / 2021
ISBN : 978-967-2813-04-0
Rating :

 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kelapan penulis ini selepas  Khair, Sweetness In You, Chan, Mr. Egois!, Belongs To Mr Devil, Belongs To Mr Enemy, Belongs To Mr Perfect, Dasuki, Bitterness In You dan
Belongs To Mr Psycho. Nampak gayanya aku dah ketagih nak baca semua karya si RC ni.

Ini kisah tentang perlakuan buli di sekolah dan kesan jangka panjang kepada pelaku dan mangsa buli tersebut. Pepatah melayu mengatakan 'betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Kisah Misya yang telah insaf dan ingin memohon kemaafan pada rakan sekolahnya Jeeyan hingga sanggup kerja dengan Jawdan abang kepada Jeeyan satu-satu cara untuk bertemu dengan Jeeyan dan mencapai tujuannya setelah lama dia mencari. Tak sangka, dalam diam Misya terjatuh suka pulak dengan Jawdan abang Jeeyan merangkap bos sendiri yang memang dikenali dengan renungan mautnya, kacak tapi garang macam harimau ha ha ha. Macam-macam yang aku rasa sewaktu baca kisah ini. Ada sedih, gembira, kasihan, geram dan macam-macam lagi.

Jujur aku mengakui manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Namun, tidak semua berani untuk mengakui silap sendiri dan berusaha untuk memohon kemaafan. Watak Misya berjaya menyedarkan aku supaya jadi lebih berani dan tidak takut untuk mengakui kesilapan yang telah kita buat dan memohon maaf dengan orang yang telah kita buat silap tu. Percayalah, kita tidak akan pernah merasa tenang dan bahagia selagi kita tidak mengucapkan kemaafan kepada orang yang pernah kita buat salah di dunia ini.

Ada nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis

 

Jawdan Raffiq seorang ketua editor di SightWorld Group. Sikapnya yang perfectionist dalam bekerja selalu menimbulkan tekanan kepada staf bawahan. Kerana dia seorang yang cerewet, staf lain menggelarkan lelaki itu sebagai Tuan Editor Garang.

“Muda lagi tapi tu lah... EQ dia rendah. Tak ada perasaan weh. Dia sembur orang ikut kepala dia aje. Kalau kau bertahan bekerja dengan dia, aku salute gila!” - Naemah

Walaupun Naemah berkali memberi amaran, Misya Khalida tetap kekal dengan pendiriannya. Dia memohon kerja di SightWorld Group untuk jawatan yang paling digeruni, personal assistant untuk ‘Tuan Jo’.

“Tak ada orang yang berani jadi PA dia. Dulu ada yang sampai letak jawatan sebab tak tahan. Tuan Jo tu okey. Cuma Misya kena alert dan berhati-hatilah jangan buat silap berkali-kali..” - Kak Nour

“Buat kerja you elok-elok. I tak nak dengar alasan dari you. You buat silap, you betulkan silap you. Jangan sampai I yang kena betulkan kesalahan you!” - Tuan Jo

 

Bagaimana Misya mahu bertahan dengan lelaki itu? Harapkan saja muka kacak, tapi lelaki seperti Jawdan, mana pernah memikirkan orang lain.


“Hati aku ni... ada problem besar. Aku jatuh cinta pada lelaki yang salah. Lengkap pakej... Pendiam, garang, berat mulut, dan tak pernah nak faham keadaan orang...” - Misya

 

 

 

 

 

 

 ... lagu Kita Insan Biasa - Jay Jay & Dayangku Intan ...

 


 

No comments:

Post a Comment