Penulis : Alya Husna
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Alia Husna Muhd Noor
Bilangan Mukasurat : 0.19 MB EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jan 2020
ISBN : 978-967-1860-10-6
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk selongkar setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.
Walaupun kisah Eryn dan Hail ni agak pendek je, tapi padat dengan teguran hingga berjaya menyedarkan aku tentang erti tanggungjawab sebenar seorang wanita setelah bergelar isteri dalam sesebuah perkahwinan dalam Islam. Perkahwinan bukan hanya ada yang manis-manis sahaja ya. Cinta dan perkahwinan itu hadir bersamanya tanggungjawab. Tanggungjawab yang hadir kadangkala terasa berat untuk dipikul di atas bahu. Ujian dan cabaran yang datang pula kadangkala buat kita rasa sesak nafas dan dunia ni terasa begitu sempit dan melemaskan.
Sebagai wanita, kadangkala kita hampir terlupa akan kewajipan utama kita sebagai anak, isteri dan ibu dalam sesebuah keluarga. Antara tanggungjawab isteri adalah :-
~ Isteri wajib mentaati suami dalam hal-hal kebaikan
~ Isteri hendaklah bersama-sama dalam mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai oleh Allah di dunia dan akhirat
~ Isteri juga bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan suami sama ada zahir mahupun batin selagi mana dibenarkan oleh syarak
~ Isteri perlu hormat kepada suami dan jaga keaibannya dari orang lain
~ Isteri perlu meminta keizinan suami dalam segala hal
~ Isteri perlu sentiasa menyimpan rahsia pergaulan suami isteri
~ Isteri juga perlu sentiasa menjaga kehormatan diri terutama ketika suami tiada di rumah
Banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni. Sebuah karya yang sangat sesuai untuk dibaca oleh pasangan yang ingin bernikah ataupun yang sudah pun bernikah. Aduhai, mana nak cari suami seperti Hail ni ye he he he... Setiap wanita bergelar isteri pastinya mendambakan suami yang penyabar seperti Hail ni tau. Jadi, adik-adik, akak-akak di luar sana tu tolonglah jadi isteri yang solehah untuk suami ya.
Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua wanita yang berkerjaya diluar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
"Suami bukan malaikat, Isteri bukan bidadari.."
Sinopsis
Tujuh tahun menyulam cinta sebelum akad akhirnya dilafazkan belum tentu menjamin bahagia. Cinta yang diharap makin berbuah ranum, namun yang tinggal hanyalah debu-debu harapan. Benarlah kata orang. Selama mana pun menyulam cinta, belum tentu kita kenal dengan pasangan sendiri. Eryn Salsabila, baginya perkahwinan hanya sekadar penyatuan dua hati yang saling mencintai. Tidak lebih dari itu. Kerjaya diagungkan. Kebebasan diri didahulukan.
Tanggungjawab pada suami
dan anak diabaikan. Bagi Hail Luthfi, apa guna sebuah perkahwinan andai
hanya seorang yang berusaha? Hail Luthfi cuba mempertahankan sabar yang
makin rapuh hari demi hari. Satu persatu tindakan Eryn Salsabila
menguji benteng sabarnya. Sehinggalah satu kejadian terjadi. Kesabaran
Hail Luthfi benar-benar sudah sampai ke penghujung.
"Tolonglah
Eryn. Eryn bukan bujang macam dulu lagi. Eryn ada anak, ada suami.
Jangan ingat Eryn ada kerja bagus, Eryn boleh buat semuanya sendiri.
Eryn ingat Eryn boleh hidup sendiri ke, hah?"
"Memang Eryn boleh hidup sendiri! Itu lebih senang daripada hidup dengan abang. Semua benda tak kena pada mata abang!"
Mampukah
ikatan atas dasar cinta ini terus dipertahankan andai hanya seorang
yang berjuang? Sanggupkah Hail Luthfi untuk melepaskan bila hanya nama
Eryn yang terukir dalam hatinya sejak dulu? Tegakah Eryn Salsabila
membiarkan segalanya punah dimamah sikap pentingkan diri?
... lagu Permata Untuk Isteri - Kopratasa ...
No comments:
Post a Comment