Faris, My Best Friend's Brother

 

Penulis   :  Cik Bawang
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
RC Publication
Bilangan Mukasurat : 432
Tarikh Terbitan : Julai 2023
ISBN : 978-996-2813-37-8
Rating :

 

Ulasan :


الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di beberapa laman web.

Kisah Faris Ad Deen dan Sara Hanim menyedarkan aku tentang qada' dan qadar Tuhan. Mereka bertemu dan dianugerahkan rasa kasih dan sayang dalam keadaan yang tidak mereka sangka. Peribahasa Melayu mengatakan "ikan di laut, asam di darat, dalam belanga bertemu juga". Maksudnya kalau sudah jodoh, akhirnya bertemu juga ya tak...

Watak Faris ni macam hero idaman Malaya serba sempurna dan payah nak dapat dalam dunia sebenar ni tau. Watak Hanim ni pulak jenis yang suka ambil tindakan mudah dengan larikan diri bila datang masalah. Penyabar betul si Faris ni... Kalau orang lain entah-entah dah lama kena tinggal si Hanim ni he he.

Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di Lauh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima. ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. 

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya"~ Surah Al Baqarah ayat 286.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku pelajari melalui kisah diorang ni, tentang anak tak sah taraf, pengambilan anak angkat, Induced Lactation, Marmet. Aduhai, mana nak cari suami seperti Faris ni ye. Setiap wanita bergelar isteri pastinya mendambakan suami yang sangat penyabar dan super-duper caring seperti Faris ni tau. Ada mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis


Hidup Sara Hanim sudah berantakan semenjak kecil. Umurnya masih muda tapi sudah menggalas tanggungjawab yang besar.

Dek tanggungjawab itulah menemukan dia dengan Faris Ad Deen. Lelaki yang tiba-tiba muncul di saat dia memerlukan. Lelaki yang sentiasa menghulur tangan untuk membantunya.

“Kenapa awak baik sangat dengan saya? Kita baru jer kenal.” -Hanim

“Allah yang pertemukan kita.” – Faris

Mengenali siapa sebenarnya Faris membuatkan rasa cinta yang baru bercambah di hati segera dihapuskan. Hidup dia dengan Faris bagai langit dengan bumi. Puas dia menjauh, tetap Faris sentiasa mendekat. Bersungguh mahu menjadikan Hanim isterinya.

“Kita ni tak sekufu. Faham tak? Macam langit dengan bumi. Jadi kalau tak mampu nak ikut syarat saya, kita tak payah kahwin.” - Hanim


“Saya setuju. Kita kahwin tanpa pengetahuan keluarga saya.” – Faris

Bermulalah detik perkahwinan rahsia. Faris beri segalanya untuk Hanim. Asalkan gadis itu bahagia. Tetapi tanpa sedar berkahwin dengan Faris sebenarnya membuatkan Hanim menderita dalam diam.

“Saya merayu… tolong bagitahu saya di mana Hanim? Saya janji dengan mak kali ni Hanim takkan menangis lagi.”- Faris

Hanim cuba menjauh tetapi Faris juga tak pernah berputus asa. Bagaimanakah pengakhiran perkahwinan rahsia mereka? 

Mampukah Faris menunaikan janjinya untuk bahagiakan Hanim?



 ... lagu Promise - Melly Geoslaw ...

 

 

 ... lagu Casablanca - Nuha Bahrin & Naufal Azrin ...

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment