Penulis : Cik Bawang
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : RMA Studio
Bilangan Mukasurat : 210 (ebook)
Tarikh Terbitan : March 2023
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat sambungan karya pertama penulis ini selepas Faris, My Best Friend's Brother.
Ini sambungan kisah Faris dan keluarganya. Kisah bagaimana kehidupan Nur Anis setelah 12 tahun menjadi anak angkat Faris dan Hanim. Subhanallah, sambungan kisah mereka kali ni sungguh meruntun jiwa dan raga. Walaupun
akhiran kisah ini cukup membahagiakan Faris, Hanim dan Anis, namun kebenaran itu tetap meninggalkan
kesan yang begitu mendalam di hati mereka. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa
yang kurasa. Memang sedih dan pilu bila Anis dapat tahu kedudukan dirinya dalam keluarga, siapa ibu bapa kandungnya yang sebenar dan mengapa dia dibesarkan bersama mama dan papa.
Banyak mutiara ilmu nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah sedih Anis ni. Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Kehidupan Faris terasa sempurna bersama Hanim
dan tiga anaknya. Anis, Haiyan dan Haidar. Mereka baik-baik sahaja
tetapi orang lain pula yang panas hati melihat kebahagiaan mereka.
Hayati
kakak ipar Hanim iri hati dengan hidup Hanim yang ada segalanya. Jadi
dia menggunakan Anis untuk membuat Faris dan Hanim tak bahagia.
"Aku ni mak dia. Aku nak anak aku membesar depan mata aku. Salah ke?" - Hayati
"Tak
payah nak berdalih. Saya bukan kenal akak baru semalam. Dah bertahun!
Akak nak Anis semata nak pergunakan dia untuk kesenangan akak. Akak
bukan peduli pun pada dia selama ni!" - Faris
"Apa? Habis apa guna Anis balik ke rumah kami setiap hujung minggu tu kalau aku tak sayang anak aku!" - Hayati
"Sebab akak nak guna dia jadi pengasuh anak-anak akak! Lepas tu akak tinggalkan dia dekat rumah dan pergi berjoli!" - Faris
Tekad
Faris mempertahankan Anis menghentikan segala tindakan Hayati. Faris
fikir kehidupan mereka akan kembali aman, tetapi seperti bom jangka yang
tak diduga. Tiba-tiba meletup dan memusnahkan segalanya.
“Haiyan
Ad Deen bin Faris Ad Deen. Haidar Ad Deen bin Faris Ad Deen. Kenapa
kakak Nur Anis binti Abdullah? Kakak bukan anak papa ke?” - Anis
Tiba-tiba rahsia yang disimpan mereka selama ini terbongkar membuatkan Anis kecewa dan memilih pergi.
“Papa
tak pernah fikir kakak anak angkat. kakak anak kami! Papa dan mama jaga
kakak sejak baru lahir. Kakak lebih kenal kami berbanding mak ayah
kandung kakak sendiri.” - Faris
“Tapi hakikatnya kakak bukan anak
kandung mama dan papa. Kakak anak angkat. Anak luar nikah. Tolong
benarkan kakak duduk dengan ibu kandung kakak sendiri.” - Anis
Anis
itu dunia Faris dan Hanim. Anis itu permata hati. Cinta mereka pada
Anis tak bersyarat. Jadi mana mungkin mereka boleh lepaskan Anis pergi.
Tetapi
kalau itu boleh membahagiakan Anis, mereka rela melepaskan walaupun
sakit. Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka? Adakah Anis akan
melihat betapa sayangnya Faris dan Hanim pada dia?
No comments:
Post a Comment