Sayang I'm Yours




 

Penulis   :  Nina Kamal  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat : 579/1.06 MB (ebook)
Tarikh Terbitan : Jan 2016  
Rating : 

 

 


الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Najihah (Jia) dan Adam Imran (Imran) ni berjaya menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat. Hanya kerana salah faham dan tanpa usul periksa Imran telah menghukum dan melakukan sesuatu yang amat mengaibkan kepada Najihah kerana menyangka Najihah adalah penyebab kepada kematian adiknya Haikal. Peristiwa hitam itu telah menyebabkan Jia telah dibuang keluarga dan terpaksa hidup sendirian.

Selepas lapan tahun, mereka bertemu semula ketika Jia menjalani latihan praktikal di tempat kerja. Jia nekad untuk dapatkan penjelasan Imran atas apa yang telah berlaku. Segala rahsia dan peristiwa aib yang berlaku dahulu akhirnya terungkai dan terjawab di akhir cerita. Rupa-rupanya Jia telah difitnah oleh rakan sekelasnya yang juga sepupu kepada Haikal dan Imran. Dan Imran pula tidak pernah meragut kesucian Jia seperti yang Jia sangkakan. Imran akhirnya mengakui kesilapanya dan cuba memikat hati Jia.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 


Sinopsis

“Errr…Saya Najihah, pelajar praktikal. Encik Zainal minta saya lapor diri kepada Encik Imran.” – Najihah

“Saya tahu.”- Imran

Terpanar! Saat memandang wajah yang berada di depan matanya, Najihah sesak. Terlayar semula peristiwa yang sudah mula dilupakan. Dia tidak pernah lupakan susuk dan wajah itu. Wajah yang memusnahkan hidupnya sekelip mata. Dibuang keluarga. Disisihkan. Dia cukup derita. Dia hanyalah gadis 17 tahun yang mengharungi ujian tanpa mengetahui kenapa dia diperlakukan begitu.

Adam Imran tidak percaya yang dia akan bertemu semula dengan perempuan yang bertanggungjawab ke atas Haikal. Ikutkan hati, dia ingin terus menghukum Jia. Namun, setelah mengenali Jia dengan lebih dekat, Imran akur yang dia sudah jatuh hati dengan perempuan yang pernah dia benci dan mungkin membenci dirinya atas apa yang dilakukannya dulu.

“Macam mana Misya tahu Kak Jia tak suka abang?”- Imran

“Misya tanya tadi.” – Misya

“Dia kata dia tak suka abang, ya? Mmm, abang dah agak pun.” –Imran

“Susah kalau abang nak pikat Kak Jia tu. Misya tengok Kak Jia tu bukan jenis yang sembarangan. Kalau abang yang kacak dan kaya pun dia tak pandang, macam mana nak move forward? Good lucklah abang.” – Misya

Apabila mengetahui kehadiran Bazlan yang kembali untuk mendapatkan cinta dari Jia, Imran bertindak menjadikan Jia miliknya yang sah!

“Saya minta maaf atas salah faham ini. Sebenarnya Jia dah terima lamaran saya. Kami tak sangka Encik Bazlan ini pula akan sampaikan hasratnya. Jadi, kami perlu berterus terang tentang hubungan kami ini.” – Imran

Adam Imran mula memikat hati seorang isteri yang dia cintai. Dia tidak mampu untuk undurkan masa. Namun dia nekad. Demi Jia, dia akan tetap  mempertahankan rumahtangganya. Demi kesilapan yang dia lakukan dulu, dia akan pastikan yang Jia bahagia selamanya.

Jia. Dia mencari setiap jawapan atas apa yang pernah berlaku. Walaupun hatinya dilukai, tapi Jia, dia gadis tabah!

 

 ... lagu Kita Insan Biasa - Dayangku Intan & Jay Jay ...

 


 

 

 

 

No comments:

Post a Comment