PLASMA : Sedut Sana Sini





Penulis   :  Maya Iris      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Chermin Resources
Bilangan Mukasurat : 278
Tarikh Terbitan : Mac 2018  
ISBN :  978-967-15754-0-6 
Rating : 
★★ 
       
 

 


 

Ulasan :
 

  الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 6 penulis favourite aku ni selepas Mahar Cinta Cinderella, Konspirasi Suami, Kuseru Namamu Kekasih, Fugitif dan Curahan Cinta Niagara.

Pendapat peribadi, cerita kali ini agak berbeza kalau nak dibandingkan dengan karya-karya terdahulu. Ada banyak sangat watak yang buat aku jadi pening sekejap dan keliru. Kisah penyangak yang taksub sedut duit nak jadi kaya raya dan taksub sedut darah nak jadi cantik ni memang ada kat luar sana tu. Cuma kita je yang tak tahu atau buat-buat tak tahu. Penyangak seperti ni akan sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat puaskan nafsu sendiri walaupun menjahanamkan orang lain. Adoi sis, kenapa sikit sangat muka surat cerita nih...patutnya kena panjang lagi cerita ni he he he. Tak puas hati dengan Assir.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
 

 
Sinopsis    



Setiap manusia ada keperluan dan keinginan.

Assir mahu wang yang banyak untuk mengekalkan gaya hidup mewahnya. Tanpa rasa bersalah, satu demi satu syarikat dibeli dan diranapkan. modus operandinya licin macam belut.

Sally mahu kekal muda dan cantik. Rawatan kecantikan menemukannya dengan satu suplemen yang mampu mengembalikan kecantikan dan keremajaan. Salah satu bahan dalam suplemen itu adalah darah manusia.

Justeru, apabila kedua-duanya bersatu, mereka sanggup melakukan jenayah demi memenuhi keperluan dan keinginan masing-masing.

"Kau dan aku tak ada beza. Kau sedut duit syarikat. Aku sedut Plasma. Duit dan Plasma. Dua-dua adalah untuk hidup."

Adakah kejahatan mereka didorongi keperluan atau nafsu? Berapa banyak yang akan menjadi korban sehingga mereka puas?



... lagu Hati Emas - M Nasir ...
 

 


kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...