Curahan Cinta Niagara





Penulis   :  Maya Iris
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  PTS Litera Utama Sdn Bhd

Bilangan Mukasurat : 840   
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN : 978-967-0246-75-8   
Rating :
★★
     
 

 

 

Ulasan :
 
Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 5 penulis favourite aku ni selepas Mahar Cinta Cinderella, Konspirasi Suami, Kuseru Namamu Kekasih dan Fugitif.


Secara peribadi cerita ni pada aku biasa je dan memang ada berlaku di dunia ni. Kisah Mira dan Azrin sebenarnya buat aku keliru pada awalnya dan tertanya-tanya apa kaitan di antara mereka ni. 

Walau bagaimanapun, banyak yang aku pelajari dari kisah cinta tiga segi di antara dua beradik Faris dan Farhan dengan Mira ni. Cinta itu bukan hanya apabila dua insan berlainan jantina saling suka di antara satu sama lain. Tetapi C.I.N.T.A itu sebenarnya adalah suatu anugerah dan nikmat perasaan yang ALLAH kurniakan dari hati yang tulus ikhlas. Cinta yang sejati hanya akan wujud selepas kita berjaya menghadapi setiap ujianNYA. Namun, cinta sesama manusia ini hanyalah sementara dan tidak kekal. Hanya cinta kepada sang Pencipta iaitu ALLAH yang kekal selamanya.

 
Sinopsis


Dia, gadis yang mendapat tempat di hati Faris. Kehadirannya merubah hidup lelaki ini. Namun, sukarnya dia untuk menghuni hati seorang yang bernama Mira Zahila.



 



“Aku sayangkan dia, Amir. Tapi dia tolak aku mentah-mentah.” – Faris
“Siapa? Mira?” – Amir


“Mungkin dia bukan jodoh kau, Faris.” – Dina


 




 



Impian Mira hanyalah untuk mendapat segulung ijazah. Demi keluarganya. Satu kejadian telah menyebabkan Mira bersetuju mengahwini Faris. Reda dengan ketentuanNya, Mira berusaha menjadi isteri yang sempurna. Namun, cinta Faris hanya sementara. Perginya dia meninggalkan cinta yang tersemat di hati.
Dek kerana sebuah wasiat, Mira berganti tikar. Abang ipar menjadi suami.


 





“Kalau Mira nak batalkan permintaan Faris tadi, beri satu alasan kukuh. Kalau alasan Mira masuk akal, kita sama-sama boleh batalkan” – Farhan.



 






Bagi Farhan, wasiat itu sekadar pemudah cerita. Cintanya pada Mira berputik sejak pertemuan pertama di air terjun Niagara. Setelah Faris pergi, dia mula sangsi sejarah hidup Mira. Malah, kekuatan cintanya pada Mira juga tidak mampu menghapuskan gundah di hati. Mira berdiri demi Farhan. Walaupun hatinya didera dan diuji.

Aku dekat. Kau dekat! Mentera cinta yang menjadi penguat hatinya.
Mira ketepikan segala perasaan demi menangkis tuduhan buruk suami dan sekaligus menamatkan ribut di hati suaminya. Ketika bibit-bibit cinta mula subur, sekali lagi Mira diuji dengan kehadiran Azrin. Dalam sekelip mata, Azrin meragut cinta Farhan.


Niagara menyaksikan pertemuan mereka. Di situlah terdetik isyarat cinta pertama Farhan. Apakah cintanya juga tidak akan kering sepertimana curahan air terjun Niagara? Atau adakah ia akan membeku seperti bekunya air terjun Niagara di musim dingin. Curahan cinta Niagara menyaksikan segalanya.



... lagu Suratan atau Kebetulan - Kenny, Remy & Martin ...




kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  





No comments:

Post a Comment