Black Ghost


 

Penulis   :  Rose Harissa   
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karyaseni
Bilangan Mukasurat : 373
Tarikh Terbitan : Ogos 2023  
ISBN :  978-967-469-207-0 
Rating : 
 

       
Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 7 penulis hebat ini selepas Wasilah Cinta Weera, Hunky Avian Funky Arisa, Ali Alauddin, Aeldra, Raid Arjuna dan Hatiku Untuk Dia.

Rasanya 10 tahun yang lalu kisah komando yang paling aku jadi angau teruk adalah karya Melur Jelita The Unsung Hero tentang Komando VAT 69. Kini, perasaan angau tu muncul kembali setelah aku baca kisah Umar aka Abam 'Kumbang' ni pulak aduhai he he he...

Terima kasih RH kerana telah berjaya menjulang nama ATM dan mengangkat martabat pejuang negara seperti Komando Black Ghost yang tidak pernah kita kenali malah mungkin juga kita tidak pernah terfikir akan kewujudan mereka. Namun hakikat yang perlu kita sedar mereka ini sebenarnya adalah pahlawan negara yang berjuang berkorban nyawa untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengharapkan balasan, imbuhan dan pingat demi memastikan negara yang kita cintai ini selamat dari musibah dan bahaya. Mereka inilah sebenarnya PERWIRA negara atau HERO yang perlu kita ingati dan sanjungi. 

Ini kisah tentang Komando Black Ghost di bawah Rejimen 11 Gerup Gerak Khas (11 RGK). Perrgh...Walaupun hanya ada secoet je kisah si abam Umar & Mika ni, tiada kisah jiwang romantis, penuh aksi lasak, ganas, cemas dan mendebarkan. Juga banyak maklumat tentang tentera, komando, ayat-ayat dan kosa kata tentera yang berskala tinggi yang jarang dengar kat orang awam seperti aku ni. Tapi,  sejujurnya aku rasa tak puas hati baca kisah Umar ni sebab aku begitu seronok dan teruja betul baca sebab dari awal hingga akhir memang cerita tentang kehidupan seorang tentera bergelar KOMANDO jer... Penulis memang berjaya membuai jiwa dan ragaku dalam menyampaikan isi dalam cerita ini dengan begitu berkesan sekali. Sampaikan aku terperasan sekejap macam aku pulak yang jadi buddies dan ada dalam cerita nih dengan Umar ... adoi he he he.  

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah komando ni. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

  

 

 
T.E.R.B.A.I.K.

 
 
Sinopsis 

Saat cita-cita menjadi salah seorang ‘geng pecah pintu’ tercapai, Umar Alhaidhar menyedari bahawa hidupnya sangat dekat dengan kematian.

Oleh itu bukan mudah bagi Umar mendedahkan ­identiti kepada orang awam termasuk kepada ­keluarga sendiri. Dia ceria dan perahsia dalam waktu bersamaan.

Tapi ketika bersama pasukan, setiap tindakan Umar mengungkapkan ketangguhan mental, tujuan dan tekad yang tak tergoyahkan. Segala parut yang ­terhasil ­daripada latihan intensiti tinggi dan ­operasi ­tersembunyi di sebalik ­uniform Umar. Hanya Megat Adri dan ­sahabat-sahabat Black Ghost yang mengetahuinya.

Sumpah perajurit komando yang dilafaz oleh Umar saat dianugerahkan beret hijau, menjadikan dia malas mencari cinta. Walau ada yang menyuakan diri. ­Bukan sembarangan perempuan boleh hidup bersamanya. ­Bertahun-tahun Umar tumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Rejimen. Sehinggalah dia bertemu seorang gadis. Sekali, tak sengaja. Dua kali, kebetulan. Tiga kali? Umar mula anggap gadis itu jodoh.


“Kenapa tak suka komando?” – UMAR ALHAIDHAR

“Sebab … ganas, gatal, kanibal! Jangan bagi tahu saya awak komando....” – MIKANADIRA

“Tak. Saya ‘askar pekak’.” – UMAR ALHAIDHAR

Tapi tuntutan tugas, memaksa Umar terpaksa ­melupakan si ­‘bunga yang wangi dan tercinta’.

Setelah para perwira menggadai nyawa ­mempertahankan kedaulatan negara sejak puluhan ­tahun lamanya, ada tangan-tangan ghaib membuka ­pintu kepada para ­bandit. Prahara melanda negara.

Laksana halilintar, bersama para sahabat ‘Black Ghost’, Umar ­mempertaruhkan nyawa di ­The Exchange 106.

Mampukah 'Kumbang' menumpaskan musuh, ­melindungi orang awam dan kembali kepada ­bunganya?

 

 

 ... lagu Standing In The Eyes Of The World - Ella ...

 




 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  
 
 

 

No comments:

Post a Comment