Tewas



 

Penulis   :  Mia Azwari  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Mia Azwari Enterprise
Bilangan Mukasurat : 484
Tarikh Terbitan : Okt 2024  
ISBN :  978-629-98118-5-5 
Rating :


   

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 9 selepas Kita Hanya Kawan, Ramadan Terindah Untuk Syawal, Seikhlas Cinta Kayla, Jadikan Aku Yang Pertama, Suri Hati Encik Serius, Terus Setia Menjadi Imamku, Piah Di Hati Mr Beku dan Rahsia Mrs Fakrul

Ini kisah tentang dendam lama di antara dua keluarga sehingga berlarutan kepada anak-anak yang tidak berdosa. Namun, hanya kasih dan sayang yang tulus dan ikhlas mampu menewaskan segala rasa yang terpendam. 

Aku sebenarnya tak tau nak comment macam mana cerita ni. Apa yang aku boleh tulis kat sini, mula-mula baca cerita ini aku memang tak berapa nak faham apa sebenarnya yang dah terjadi kepada Tisha dan Yazid ni. Memang mencabar kesabaranku nak habiskan baca buku ni. Walau bagaimanapun, kisah diorang ni berjaya juga menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.




Sinopsis

Tisya pernah menanam impian untuk hidup di sisi Ungku Yazid, lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Pada saat mahligai mereka hampir terbina, satu kebenaran terbongkar yang mengubah kehidupan Tisya menjadi gelap gelita.

“Abang, jangan buat Tisya macam ni. Kita dah nak kahwin. Semua persiapan kita dah buat, abang. Tolong, abang. Tisya merayu.

Jangan tinggalkan Tisya.” -Tisya

“Selama dua tahun ni, I paling benci keluarga you. Lebih-lebih lagi you!”- Ungku Yazid.

Hanya disebabkan dendam kedua-dua orang tua mereka, Tisya perlu menanggung derita. Paling sakit, apabila dirinya dibuang seperti sampah. Setelah dia berjaya meneruskan hidup tanpa lelaki itu, tiba-tiba lelaki itu muncul kembali dengan permintaan yang tak masuk akal.

“Jangan terlalu yakin, Ungku Yazid. Perasaan aku dah mati setahun yang lepas. Macam mana maruah aku dipijak, macam tu juga hati aku hancur dipijak oleh kaki kau sekeluarga!”- Tisya

“Be my wife, Tisya. Hanya cara ni Tisya mampu balik ke tempat asal.”- Ungku Yazid

Tisya tertekan. Tahu yang dia tidak mempunyai pilihan lain, Tisya ambil kesempatan yang muncul depan mata untuk membalas dendam terhadap Ungku Yazid dan keluarganya. Jika dulu lelaki itu berjaya menghancurkan kehidupannya, kini giliran dia pula untuk menewaskan Yazid. Dia akan pastikan setiap penderitaan yang dialami terbalas!

“Abang takkan mengalah untuk tawan hati Tisya. Dan abang yakin abang akan menang.”- Ungku Yazid

“Jangan terlalu mendabik dada, Ungku Yazid. Tisya yang ada di hadapan awak sekarang, tak sama seperti dulu. Mungkin saya bodoh tapi saya takkan biarkan diri saya diperbodohkan oleh lelaki seperti awak lagi. Saya takkan tewas dalam pertarungan kita.”- Tisya

Apakah sebenarnya dendam yang menjadi punca mereka bermusuh? Dan siapakah yang bakal tewas dalam ‘pertarungan’ ini?

 

 

... lagu Tak Pernah Hilang - Amylea & Kaer...

 


 

 

 

No comments:

Post a Comment