Ramadan Terindah Untuk Syawal


 

Penulis   :  Mia Azwari
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Mia Azwari

Bilangan Mukasurat : 395
Tarikh Terbitan : Mac 2023
ISBN : 978-967-629-98118-0-0
Rating :

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد للهالحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 7 selepas Seikhlas Cinta Kayla, Jadikan Aku Yang Pertama, Suri Hati Encik Serius, Terus Setia Menjadi Imamku, Piah Di Hati Mr Beku dan Rahsia Mrs Fakrul

Sebuah kisah kasih sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi. Kisah diorang ni berjaya menjentik pelbagai rasa dihati ini. Ada pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis

Siti dan Syawal sudah lama menjalinkan hubungan cinta sejak di usia remaja. Masa depan mereka berubah hanya disebabkan satu malam. Syawal yang tidak sengaja memukul musuh ketatnya separuh mati, telah dihukum penjara selama lima tahun. Sebaik saja Syawal keluar dari penjara, Syawal pulang dengan azam yang baru. Dia tidak mahu menjadi Syawal yang dulu. Siti yang setia menunggu kepulangan Syawal, dikejutkan dengan permintaan Syawal.

 “Cinta kadang-kadang tak semestinya memiliki. Belajar lupakan abang. Abang terpaksa lepaskan perkara yang berharga dalam hidup abang dengan harapan, Siti dapat hidup bahagia...”-Syawal 

Reda dengan keputusan Syawal, Siti akur. Namun semuanya berubah sebaik saja Syawal mengetahui kisah penderitaan Siti sepanjang dia berada di dalam penjara. Di saat dia mahu kembali di sisi Siti, hati wanita itu sudah berkecai. 

“Hati Siti dah tawar. Jangan buat Siti bencikan abang. Tolong... tolong jangan muncul depan Siti lagi...”- Siti Ramadan 

Saat Syawal diberi peluang kedua, kehidupan mereka kembali bahagia. Namun semuanya musnah setelah Syawal mengetahui dalang yang menjadi punca Siti hidup menderita. 

Siti menjadi tidak waras dengan berita itu. Dunia Syawal menjadi gelap seketika. Apakah yang berlaku terhadap Siti selama dia ditinggalkan oleh Syawal? Dapatkah mereka terus hidup bahagia bersama setelah rahsia besar itu terbongkar?

______________________________________________________________________________________

BONUS : My Saviour

Fattah hilang masa depan apabila dia menerima kecacatan yang kekal akibat perbuatan Syawal. Kehilangan ibu bapanya membuatkan hidup Fattah gelap. Alina hadir dalam hidupnya sebagai penyelamat. Mampukah hubungan mereka berdua kekal? Sedangkan Fattah punca abang kesayangan Alina dimasukkan ke penjara.



 

No comments:

Post a Comment