Penulis : Mia Azwari
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jan 2020
ISBN : 978-967-17477-5-9
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi
kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 2 penulis ni selepas Rahsia Hati Mrs. Fakrul.
Seperti buku pertama kubaca, kisah ni juga masih guna tema dan jalan cerita yang lebih kurang sama. Sepatutnya aku baca buku ni dulu sebab kisah cinta sepupu ni bermula dari abang Dr Fakrul iaitu Farhan ni.
Secara peribadi, kisah cinta di antara dua orang sepupu ini pada aku biasa-biasa je. Namun, kisah Piah dan Paan ni berjaya menjentik pelbagai rasa dihati aku ni. Banyak mutiara ilmu dan nasihat yang dapat aku kutip dan pelajari melalui watak mereka berdua ni.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Kerana dinginnya
Farhan, Nur Sufiah menyangka abang sepupunya itu membenci dirinya.
Walaupun tahu atas dasar simpati kerana dia anak yatim piatu, namun
lamaran keluarga Farhan yang mahukan Piah sebagai menantu disambut
dengan hati yang terbuka. Malah Piah telah lama menyimpan perasaan
terhadap Farhan Aidil, si Mr Beku. Namun perkahwinan saja, belum mampu
menyatukan dua hati. Farhan dan Piah terpisah membawa haluan
masing-masing.
“Hari ni, ada tak pensyarah tu datang?” - Piah
“Pensyarah tu lelaki ke perempuan?” - Iris
“Lelaki dan serius giler. Muka tu ketat je sepanjang mengajar. Tak pasal-pasal, kelas kawan aku gelar dia Mr.Beku…” – Fatin
Piah tersentak.
Farhan
bekerja sebagai pensyarah di UUM, fakulti tempat Piah belajar. Farhan
berlagak tidak mengenali Piah. Dan Piah juga begitu. Semakin lama, Piah
gagal membaca hati dan perasaan milik suaminya.
“Kenapa abang kahwin dengan Piah? Kenapa bukan dengan Kak Maira? Apa lagi yang abang tipu Piah?” - Piah.
Sesaat
Piah tahu dulu Farhan pernah hampir bertunang dengan wanita lain
sebelum perkahwinan mereka, kebencian Piah semakin menggunung tinggi!
“Terpulang
pada Piah nak buat apa lepas ni. Abang dah tak peduli. Ini yang Piah
nak kan? Kalau Piah rasa nak ikut abang balik KL, kemas barang Piah
sekarang. Kalau Piah tak nak, Piah boleh terus tinggal di sini. Abang
tak nak paksa Piah."
Siapakah Piah di hati Farhan Aidil? Isteri, orang asing atau setakat adik sepupu sahaja?
Adakah
kebahagiaan yang mungkin bakal mereka kecapi tanpa mengorbankan
perasaan orang lain? Tergamakkah Farhan meninggalkan Piah tatkala cinta
mula menepuk jiwa?
No comments:
Post a Comment