Penulis : Mia Azwari
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Feb 2020
ISBN : 978-967-17946-0-9
Rating : ★★★★
Ulasan :
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.
Walaupun kisah cinta Kinah dan Arul ni pada aku padat dengan mainan emosi dan perasaan, tapi ada banyak pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah romantis diorang ni.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Rasanya lepas ni aku kena selongkar karya-karya penulis ni yang lain pula.
Sinopsis
Fakrul Azim berazam seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti abangnya yang berkahwin dengan sepupu sendiri. Walaupun ada rasa di dalam hatinya terhadap Nur Sakinah, dia cuba menjauhkan dirinya dari perasaan itu. Baginya, Sakinah harus dianggap sebagai adik sahaja!
Sakinah seorang yang sangat ceria dan manja. Namun disebabkan satu rahsia yang besar, apabila dapat tahu dia adalah anak angkat, hidupnya mula berubah dalam sekelip mata. Dia tekad untuk menjauhkan diri dari seseorang yang pernah mendapat tempat di hatinya.
Kehadiran Deeja, membuat hati Fakrul bahagia sama seperti saat mengenali Sakinah. Lima tahun menimba ilmu di bumi Jerman, Deeja menjadi teman rapat serta tempat meluahkan segala perasaan. Pulangnya Fakrul ke Malaysia dengan niat untuk membuka lembaran baru bersama Deeja, kerana ingin menunaikan permintaan si dia. Namun kejutan yang diterimanya membuatkan hati Fakrul berdolak-dalih.
Pertemuan yang tidak dijangka antara Fakrul dan Sakinah membuatkan Fakrul tidak dapat mengelak dari rasa ingin memiliki dan semakin sukar melepaskan Sakinah. Lalu, kejadian 'itu' di luar kesedaran normalnya.
“Kinah...” Matanya dibuka semula. Terasa semakin hangat kolam matanya ketika ini. Sakinah tidak mampu mengalihkan pandangan ke arah lain. Takut jika ini kali terakhir dia akan melihat wajah Fakrul.
“Abang...” Bergetar suara Sakinah memanggilnya. Fakrul berasa sangat sebak.
Akhirnya suara yang dirinduinya selama ini dapat didengarinya hari ini. Kedua-duanya masih berada di dalam dunia mereka sendiri.
Tanpa sedar perlahan-lahan wajah Fakrul mendekati Sakinah. Hanya tinggal beberapa inci sahaja bibir Fakrul menghampiri bibir Sakinah dan tiba-tiba...
“Astaghfirullahalazim. Arul!”
Apakah rahsia sebenar yang disembunyikan oleh Sakinah sehingga membuatkan Fakrul goyah? Dan bahagiakah Fakrul berdiri di atas kelukaan hati seseorang?
Kerana dari dulu, hati ini tetap miliknya...
No comments:
Post a Comment