Penulis : Rinsya Chasiani
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Rinsya Chasiani Publication
Bilangan Mukasurat : 411
Tarikh Terbitan : Julai 2020
ISBN : 978-967-17946-3-0
Rating : ★★★★
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.
Ini kisah cinta monyet Khair Ikhsan pada Nuryana Iman aka Kak Yana kawan kakaknya Yuhanis masa kecil-kecil dulu. Selepas 15 tahun Khair duduk di kota London bersama atuk dan neneknya, Khair bertemu semula dengan Kak Yana semasa pulang bercuti jumpa keluarga di tanahair. Kak Yana ni rupa-rupanya crush Khair masa umur dia 10 tahun dulu. Tapi Kak Yana tak sangka Khair ni masih ada hati dan perasaan sayang yang begitu mendalam pada Kak Yana.
Walaupun Kak Yana mula rasa suka dan sayang pada Khair, tapi dia malu untuk mengakui perasaannya sendiri dan memang bertentangan dengan prinsip dirinya yang tidak mahu suami lebih muda darinya. Kak Yana cuba menolak dan bagi pelbagai alasan setelah Khair luahkan hasrat hati dan perasaannya. Tapi Khair tetap juga tak putus asa dan buat macam-macam untuk pikat dan ambil hati Kak Yana ni tau. Akhirnya Kak Yana pasrah dan terima jodoh dan takdir yang tertulis untuknya. Khair menjadi suaminya dan 5 tahun lebih muda daripadanya.
Kisah Kak Yana dan Khair ni pada aku memang bersemut manis bergula, tapi ada pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah santai diorang ni. Umur tidak boleh dijadikan sebagai ukuran, tanda perasaan dan perbandingan dalam mencari pasangan hidup. Tiada salahnya jika suami lebih muda daripada isteri, jika suami itu lebih matang dan boleh menjadi imam dan ketua keluarga yang bertanggung jawab dan terbaik buat seorang wanita yang bergelar isteri.
Harap Cik Penulis akan terus menghasilkan karya yang dapat memberi manfaat buat pembaca ye. Semuga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
"Kehadapan Kak Yana, Khair dah lama suka Kak Yana. Khair tak nak Kak Yana bercinta dengan Bob. Khair nak jadi kekasih Kak Yana. Khair suka Kak Yana. Kak Yana selalu belanja keropok. Kak Yana baik. Kalau Khair pergi, Kak Yana cari Khair tak? Bila Khair pergi jauh-jauh, Kak Yana jangan lupa Khair. Nanti Khair cari Kak Yana sampai jumpa. Khair sayang Kak Yana! "
Aku
tergelak besar. Khair Ikhsan. Adik kepada Yuhanis, kawan baikku
sendiri. Budak tu 10 tahun. Muda dari aku dalam 4 ke 5 tahun. Tak padan dengan
kecik, ada hati nak mengurat! Dalam hatiku, dia bukan siapa-siapa. Aku
masih teringat tangisan Khair apabila dibawa oleh keluarganya berpindah
keluar negara. Kini 15 tahun telah berlalu. Dia pulang. Dan aku masih
menganggapnya sebagai bahan gurauan.
"Teringin aku nak ungkit masa kecil dia." Ujarku kepada Yuhanis.
"Ha, Khair... Ingat tak siapa ni? Ni lah Kak Yana." Yuhanis bertanya. Khair pandang aku sekilas. "Tak. Tak ingat."
Eh? Biar betul tak ingat? Tapi kalau tak ingat, kenapa di mana ada aku, dia muncul di situ?
"Yana... You jadi girlfriend I." Aku hampir tersedak mi goreng.
"Siapa?" soalku dengan suara yang hampir tenggelam, "You dan I."
Kata
Yuhanis, Khair Ikhsan tidak main-main. Dia serius. Tapi padaku, kami
berdua tidak sesuai. Kerana itu aku memilih untuk mendekati Fuad.
"Kalau
Khair masih ada simpati, jangan ganggu hidup akak lagi. Perempuan kalau
dah move on, tak perlu di try. Sebab takut timbul benci." - Aku
Tak
pernah terlintas dalam fikiranku bercinta dengan adik kawan baik
sendiri! Tapi, sudah tertulis jodohku dengannya. Berkali-kali aku
mengelak dan menolak, dia masih berdegil untuk mengusik perasaanku.
"I
faham kalau you tak sayangkan I sepertimana I sayangkan you. I
percayakan you. Sebab yang mengikat kita bukan sekadar perasaan. Tapi
tanggungjawab, kasih sayang dan juga hubungan halal." - Khair
No comments:
Post a Comment