Tanya Dia Tentang Cinta





Penulis   :  Ameera Ameer
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel
Bilangan Mukasurat : 586
Tarikh Terbitan : April 2015
ISBN : 978-967-0907-00-0
Rating :





 


Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.

Aku suka dengan tema, watak dan jalan cerita yang dipaparkan dalam kisah Puteri Chempaka Emelyn dan Dr Mohd Ziyad Uzair ni. Walaupun temanya agak cliche tentang kahwin aturan keluarga, tetapi penulis berjaya memaparkan sebuah kisah yang penuh dengan nilai kekeluargaan dan pengajaran. Banyak ilmu yang dapat aku pelajari melalui cerita ini. Satu lagi kisah realiti

Aku suka dengan gaya penulis ini mengolah perjalanan setiap watak dan perjalanan cerita, memang harus aku puji P.E.R.F.E.C.T. Aku rasa watak heroin (Puteri) lebih memberikan kesan kepada aku dalam cerita ni sebab perubahan yang berlaku kepada karakter Puteri akhirnya mengaku, sedar dan insaf akan kesilapan yang telah dilakukannya terhadap hero (Ziyad) dan berusaha untuk betulkan kesilapan dan pikat hati suami banyak memberi kesan dan contoh yang baik kepada pembaca.

Penulis berjaya membuai jiwa dan ragaku dalam menyampaikan emosi, isi hati, dan perasaan setiap watak terutamanya watak Puteri dan Ziyad dalam cerita ini dengan begitu berkesan sekali, sampaikan akak nangis tau !

Syabas Cik Penulis, kerana anda telah berjaya buatku terpikat dengan gaya penulisanmu yang cukup rencah dan rasa ni.  Lepas ni kena cari karya yang lain pulak he he he.
 


Sinopsis
 

“Kahwin dengan saya” – Ziyad

Itu kata-kata yang pernah diucapkan empat tahun dulu. Kerana itu hidup Mohd Ziyad Uzair merana. Sangkanya, cinta tulusnya dihargai tetapi apa yang berlaku, sebaliknya. Sangkanya juga, cerita cintanya terus mati di situ tetapi pertemuan semula dengan Puteri Chempaka Emelyn merubah segala.

Menyesal? Rasa bersalah? Itulah rasa yang sering menghantui hidup Puteri selama empat tahun. Sangkanya, cerita empat tahun dulu akan terus berkubur tetapi rupanya Allah telah mengatur perancangan lain untuknya. Dia dilamar dan yang melamarnya ialah mama dan papa Ziyad sendiri!

Puteri + Ziyad = Perkahwinan?

Mungkinkah? Jika itu takdir yang Allah tulis, maka siapa mereka untuk menidakkan. Tetapi, mampukah perkahwinan yang dibina kerana ada rasa benci dan curiga menemui keserasian atau lebih tepat lagi bertahan?
“Kau tahu apa maksud aku. Kalau dulu kau boleh buat apa saja, aku rasa sekarang pun kau boleh. Cuma aku tertanya-tanya, kau kahwin dengan aku sebab apa ya? Nak aku jadi pak sanggup?” – Mohd Ziyad Uzair

Mungkin tidak bagi Ziyad tetapi bukan kepada Puteri. Tekadnya, hati Ziyad akan ditawan semula. Tetapi mampukah dia apabila Ziyad terus beku dan kaku dengan setiap godaannya?



“Awak malu ke Doktor Ziyad... melihat isteri sendiri salin baju? Saya bukannya orang lain, isteri awak juga. Lagipun dah halal cuma awak aje yang jual mahal.” – Puteri Chempaka Emelyn

Setiap kebahagiaan pasti akan datang dugaan. Oleh kerana satu peristiwa yang dirancang dan terungkainya kisah silam, perkahwinan Ziyad dan Puteri tiba-tiba dilanda badai. Benarlah, rasa cinta saja belum cukup andai kurang rasa percaya. Lalu, mampukah perkahwinan seorang gadis yang perasan hot tetapi seksi, nakal dan menggoda dengan seorang lelaki yang sejuk beku juga doktor biasa kekal hingga ke syurga apabila mereka dipaksa supaya menamatkan ikatan itu?






 ... lagu Selamanya Cinta - Shila Amzah ft Alif Satar ...




 

 kalau ingin tahu lebih lanjut karya penulis boleh klik link ni... Ameera Ameer



 

No comments:

Post a Comment