Teja Di Hati





Penulis   :  Liza Nur  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  GrupBuku Karangkraf
Bilangan Mukasurat : 405
Tarikh Terbitan : 2023  
ISBN :  978-967-86-0974-6 
Rating :
★★★★


الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 13 penulis hebat ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi, Cinta Cash & Carry, Panggil Aku Kiah, Bridesmaid, Anggun Mikayla, Dalam Rintis Hujan, Setulus Khadeeja, Dhea Gadis Dreamer, Bawah Payung Awan, Si Bakhil dengan Bunganya dan Atas Lantai Bumi.

Ini kisah kasih sayang syahdu di antara Luq (Megat Luqman bin Megat Mohammad) dan Teja binti Taqif yang bermula sejak mereka di sekolah rendah lagi. Mereka membesar di kawasan kejiranan yang sama dan kehilangan insan tersayang ayah dan ibu masing-masing yang diuji dengan penyakit kanser. Luq menyalahkan dirinya sendiri dan menjauhkan diri daripada Teja atas kematian ibu Teja dan merasakan dia tidak kuat untuk jaga dan lindungi Teja kerana tidak berani bersama di sisi ketika Teja menghadapi waktu sedih dan sukar. 

Bertahun mereka terpisah dan Teja sebagai anak dan kakak sulung terpaksa melalui perjalanan hidup yang sukar dan perlu menggalas beban yang ditinggalkan oleh arwah mama dan perlu menjadi tunggak kekuatan kepada ayah dan adik-adiknya.

Hailah, siapa sangka orang yang paling menyakitkan hati dan tinggalkan luka bertahun lama rupanya orang yang paling kita rindu dan sayang. Cinta pertama pasti meninggalkan suatu kenangan yang tidak mungkin dapat kita lupakan seumur hidup. 

Seperti kata penulis karya hebat ini, watak Teja dan Luq dicipta adalah untuk membetulkan tanggapan stereotaip bahawa semua orang kaya sombong, angkuh dan memandang rendah orang di sekelilingnya adalah tidak benar. Padahal, sifat luaran seperti sombong berkait rapat dengan nilai peribadi, cara pembesaran dan personaliti individu itu sendiri. Teja, anak Tan Sri digambarkan seorang yang sangat merendah diri dan baik budi pekertinya. Manakala, Luq pula lelaki yang sedikit kebudak-budakan tapi cuba belajar daripada kesilapan lampaunya.

Apa yang aku boleh tulis di sini, kisah diorang ni memang sarat dengan emosi, meninggalkan pelbagai rasa di hati ini dan berjaya mencuit hati dengan perangai tak matang si Luq ni tau. 

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 



Sinopsis


Kahwin. Ia topik yang ralat bagi Teja. Apatah lagi menikahi bekas kawan karib yang pernah menyakiti hatinya suatu ketika dulu. Aneh, majlis pernikahannya berlangsung lancar meskipun perjalanan hidup mereka selepas itu berbonggol-bonggol bagaikan jalan yang tidak diturap.

 


 

 

 

"Aku akan melekat dengan kau macam pacat kalau kau tak nak lepaskan aku sekarang. Aku akan pastikan hidup kau susah. Akan pastikan kau takkan bahagia dengan Aqila." ~ Teja



 

 

 

"Please do that." ~ Luq

 

 

 

 

 

 

Ikatan perkahwinan yang dimulakan dengan nawaitu serong untuk melarikan diri daripada bekas teman wanitanya, Aqila akhirnya menjerat diri Luq. Saat keikhlasannya masih diragui, Luq terus-menerus cuba mempertahankan rumah tangganya. Namun, tiba-tiba Tuah hadir menuntut Tejanya.


 "Awak tau, Teja? Awak perempuan pertama yang saya suka sejak kali pertama saya pandang." ~ Tuah


 Mampukah lelaki  pramatang seperti Luq menjadi pelindung yang diperlukan Teja apabila musibah datang melanda? Atau mungkinkah dia akan berlalu pergi dan mengulangi kesilapan silamnya.?

"Mungkin aku bukan laksamana terbilang, bukan sultan atas takhta. Tapi, Teja yang satu ini, aku yang punya. Jangan sesiapa pandai-pandai nak claim ownership." - Luq.

 

 

  ... lagu Sampai Ke Hari Tua - Aizat Amdan ...

 


 

 ... lagu Bawalah Daku Pergi - Anita Sarawak ...

 



 

 

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

  
Senjata seorang ibu bukan berdebat dengan anak sendiri, tetapi doa yang diutus buat Pencipta untuk anaknya, siang dan malam tanpa pernah jemu.
 
 Adakalanya apa yang kita  mahukan, bukanlah yang kita perlukan.

Takdir ALLAH adalah takdir yang paling indah.

Semua hubungan di dunia mempunyai tarikh luput.
 
Masa adalah pengubat yang terbaik dan dengan masa, manusia akan terlupa memori sakitnya.

ALLAH sampaikan jodoh kita apabila DIA tahu kita dah sedia.


 

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ya ...