Pengantin Ramadan


 

Penulis   :  Ameera Ameer      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  AA Idea Publication
Bilangan Mukasurat : 662 (ebook)
Tarikh Terbitan : Aug 2020  
ISBN :  978-967-18213-0-5 
Rating :   
       
 
 

 

Ulasan :
 
Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ya! 
 
 
 

Sinopsis   
  
“Maaf mencelah tapi kalau pak Harun tak keberatan, saya bersedia berkahwin dengan Ara.” – Herman

Sebaris ayat itu benar-benar merubah kehidupan seorang Adra Nur. Kerana fitnah, dalam sekelip mata sahaja dia bakal menjadi seorang isteri kepada lelaki yang tidak dikenali.

“Macam mana Ara nak reda kak kalau Ara tak kenal dengan bakal suami Ara?” – Adra

Bagi Herman pula, peluang itu ibarat bulan jatuh ke riba. Keinginannya untuk beristeri sudah terpampang di hadapan mata setelah beberapa orang calon pilihannya ditolak mentah-mentah oleh ibunya.

“Elehhhhh! Buat muka kesian konon. Tapi ada mak tak bagi kau kahwin? Ada? Ada?” – Mak Cik Yah

“Memanglah tak ada tapi calon Man asyik mak reject aje,” – Herman

“Cuba kau fikir, macam mana mak nak setuju kalau pilihan kau tak senonoh semuanya? Si Milah tu, umur dah 45 tahun. Tak ada yang muda lagi kau nak kahwin? Baru kahwin lima enam tahun dah menopos dah dia. Berangan nak anak selori. Kau ingat dia kucing boleh beranak lima enam kali setahun?" – Mak Cik Yah

Sayangnya perkahwinan itu tidak disenangi oleh mak cik Semah dan Suhaila kerana rancangan mereka untuk menyatukan Adra dan samseng kampung bernama Leman tidak berjaya. Sejak itu juga kebencian mereka kepada Adra semakin menjadi-jadi.

“Tapi, betul ke mak abang Herman akan ceraikan dia?”- Suhaila

“Iya. Kau percayalah cakap aku. Herman tu kahwin dengan dia sebab kesian aje. Emak si Herman terima pun sebab terpaksa aje tu. Kau bukan tak tahu mak cik Yah tu orangnya macam mana. Garang nak mampus dan jahat mulut pulak tu,” – Mak Cik Semah

Adra dan Herman, mereka berbeza tetapi perbezaan itu semakin merapatkan mereka. Melayan sikap Herman yang agak kebudak-budakan dan gila-gila, hidup Adra penuh dengan gelak dan tawa.

“Elehhh! Takut abang Man mengintailah tu kan?” – Herman

“Eh! Tak. Bukan macam tu...hurmmm….Ara...Ara...tak selesa.” – Adra

“Alaaa…kalau abang Man mengintai pun bukannya berdosa. Bini abang Man bukan bini jiran sebelah,” - Herman

Tapi benarlah, bukan namanya manusia jika tidak diduga. Sedang mereka asyik mencipta bahagia, dugaan datang tanpa dipinta. Herman terduduk dan Adra pula diam tak terkata. Akan berjayakah kasih sayang dan cinta mereka mengatasi semua rintangan atau rebah dek dengki khianat manusia?

 

 

 

No comments:

Post a Comment