Penulis : Mia Azwari
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 1.73 MB EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : April 2021
ISBN : 978-967-2813-03-3
Rating : ★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi
kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 4 penulis ni selepas Terus Setia Menjadi Imamku, Piah di Hati Mr. Beku dan Rahsia Hati Mrs. Fakrul.
Kisah Aufa & Tengku Riyadh ini biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he. Kisah kena kahwin aturan keluarga gitu.
Kisah kali ni agak kurang ummphh jika nak dibandingkan dengan karya yang pernah aku baca sebelum ni. Kenapa ye?
Semoga Pn Penulis akan terus menghasilkan karya yang dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ye.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
“Saya tak nak teruskan pertunangan ni.” –Aufa Batrisya
“Kenapa?”-Tengku Riyadh
“Sebab kita tak serasi.”- Aufa Batrisya
“Pelik. Kita baru jumpa tak sampai 10 minit. Tapi awak dah cakap, kita tak serasi.”- Tengku Riyadh
Bercakap
dengan Tengku Riyadh yang berwajah serius 24 jam hanya menyakitkan
hati. Demi menghilangkan tekanan, dia melepaskan semua itu di kelab malam. Dan berakhir dengan tragedi hitam bila Aufa ditangkap kerana memiliki darah.
Malang nasib Aufa
apabila dia menerima hukuman tinggal di sebalik tirai besi selama
empat tahun. Di sanalah, Aufa sedar kesilapan yang dilakukan olehnya.
Hampir empat tahun terkurung, dia dibebaskan. Namun dia dikejutkan
dengan kehadiran lelaki yang bergelar tunangannya dulu.
“Be my wife, Aufa Batrisya.”- Tengku Riyadh
Kemunculan
lelaki itu menghuru-harakan kehidupan Aufa. Tak mungkin lelaki itu
masih ingin menjadikan dirinya sebagai isteri setelah dia bergelar
banduan. Atas permintaan orang tuanya, dia menerima lamaran Tengku
Riyadh demi membalas budi lelaki itu.
Aufa mulai menerima
kehadiran Tengku Riyadh sebagai suami. Hari demi hari, cintanya
bercambah di hati. Namun kepulangan kakaknya Anis membuatkan Aufa
tertanya-tanya.
“Satu hari nanti, kau sendiri tak sanggup nak pandang muka dia disebabkan kisah silam kau.”- Anis
Benar kata Anis. Setelah rahsianya terbongkar, Aufa tak mampu melihat
wajah lelaki itu lagi. Perpisahan dituntut demi mencari kebahagiaan
sendiri.
Ikhlaskan Tengku Riyadh menjadikan Aufa Batrisya
sebagai suri hatinya selama ini? Adakah benar hati Aufa sudah tertutup
untuk si suami?
... lagu Tetap Kamu - Amylea X Megat ...
No comments:
Post a Comment