[Rockestra] Cinta Mat & Minah


Penulis   :  Imaen
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Adiwarna
Bilangan Mukasurat : 383
Tarikh Terbitan : 2014
ISBN : 978-967-0201-98-6
Rating :




 
 
Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA ini adalah buku ke 7 yang aku dah baca karya penulis hebat ini selepas Gedebe, Urusan Cinta Belum Selesai, Cintaku Luruh di Oxford, Sigaraning, Antologi Cinta Pertama dan Bohemian.

Oleh kerana aku ni peminat lagu rock, maka tajuk dan gambar depan buku ni memang menggamit hati aku ni nak tahu kisah di dalamnya. Subhanallah. Kisah Mat dan Minah ni bukanlah kisah cinta biasa-biasa tau. Ini kisah cinta dua darjat yang sungguh luarbiasa. 

Pendapat peribadi, ada banyak kosa kata dan ayat-ayat seni yang ada dalam karya ini buat aku jadi lelah nak faham. Namun, Penulis bijak mencorakkan perjalanan kisah Mat dan Minah dan berjaya buat aku baca hingga ke akhir muka surat.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

Sinopsis

Mula-mula tengok dia:

Perempuan bengong, jenis bodoh piang, bingai. Perempuan macam ni bagi saja pun aku tak dak mahu eh. Amboi mulut, duk diam tak boleh ke?

Tapi pada pandangan kedua:

Matanya yang teduh dengan bebola mata berwarna coklat muda itu seperti meminta aku untuk berkampung di situ, alisnya lentik seraut jatuh, hidungnya mancung seperti seludang, kulitnya bersih seperti jerawat pun tak berani nak tumbuh di situ... semuanya cantik dan sempurna.

Lalu hati telah berkata:

Cinta hanyalah sepatah perkataan tanpa sebarang rasa, hinggalah seseorang datang bermukim di hati dan memberi makna pada perkataan cinta itu.

Aku sangkut mimpiku di puncak nyala mentari, kau letak cita-citamu di pucuk indah rembulan, lalu di titik manakah kita akan bertemu?


Tapi:

Ujian apakah ini hingga dia yang aku pilih. Mengapa bukan pada stok gadis usrah? Tak salah pun kalau pada stok gadis tudung belit-belit. Atau paling-paling pun pada yang rambut karat saja? Mengapa memilih haprak; memilih yang berbeza? Ya, kuda padi tak patut jatuh cinta pada kuda belang walau sama-sama spesies kuda!

 

 

 

No comments:

Post a Comment