Penulis : Mia Azwari
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 423
Tarikh Terbitan : 1985
ISBN : 978-967-2813-08-8
Rating : ★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi
kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 5 penulis ni selepas Suri Hati Encik Serius, Terus Setia Menjadi Imamku, Piah di Hati Mr. Beku dan Rahsia Hati Mrs. Fakrul.
Ini kisah Dr Irham yang pernah sukakan Dr Aina dalam Terus Setia Menjadi Imamku tetapi cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.
Akhirnya Dr Irham bertemu jodoh dengan Intan yang 10 tahun lebih muda daripadanya. Walaupun kisah Dr Irham dan Intan ni agak singkat dan santai je, tapi berjaya
mainkan emosi aku jugak. Ada pengajaran yang boleh
kita ambil melalui kisah santai diorang ni.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan
pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Irham Danial dan Intan Darissa…
Sama-sama pernah jatuh cinta. Seorang dikhianati dan seorang lagi pernah mencintai wanita yang bergelar isteri orang, Pertemuan yang tak dijangka di antara mereka telah menimbulkan satu perasaan halus di hati Irham.
Disebabkan satu kemalangan, Intan kehilangan perkara yang berharga dalam dirinya. Lebih malang, tunang tersayang sanggup mencari pengganti dek kekurangan dirinya. Munculnya Irham makin menghuru-hara hidup Intan.
“Kenapa doktor layan saya baik sangat? Mustahil doktor tanggung semua kos rawatan pesakit doktor.”- Intan Darissa
“Sebab pesakit tu Intan Darissa…”- Irham Danial
Keakraban mereka membuatkan kehidupan Intan kembali ceria. Dia mulai sedar masih ada yang menyayangi dirinya yang serba kekurangan. Setiap kali dia bersama lelaki itu, perasaan itu pasti wujud.
“Saya sukakan doktor.”- Intan Darissa
“Maaf, saya masih belum bersedia.”-Irham Danial
Untuk kali kedua, Intan jatuh tersungkur dan tidak mampu bangkit kembali. Lebih kecewa apabila mengetahui Irham bakal berkahwin.
Tanpa sebarang pesanan, Intan nekad meninggalkan lelaki itu.
Hilangnya Intan membuatkan Irham nanar. Hatinya sudah lama 'tersentuh' sejak kali pertama mereka bertemu.
Mampukah Irham mendapatkan bidadari hidupnya kembali?
... lagu Sebenarnya - Alif Satar feat Siti Nordiana ...
No comments:
Post a Comment