Terus Setia Menjadi Imamku


 

Penulis   :  Mia Azwari     
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 4.97 MB EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Julai 2020
 
ISBN :  978-967-17946-4-7
Rating :
  
       
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله‎ dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 3 penulis ni selepas Piah di Hati Mr. Beku dan Rahsia Hati Mrs. Fakrul.

Ini adalah kisah abang Kinah dalam Rahsia Hati Mrs. Fakrul. Satu lagi kisah kesetiaan, pengorbanan, pertemuan dan perpisahan yang sungguh meluluhkan hati ini.

Tak ku sangka kisah Aina dan Syamil ini begitu menyayat hati dan berjaya buat aku menangis hingga bengkak mata ha ha ha. Banyak mutiara ilmu, nasihat dan pengajaran yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah mereka berdua ni.

Nampak gayanya aku dah semakin terpesona dan ketagih nak baca semua karya Pn Penulis yang namanya MIA AZWARI ni...Tunggu ye akan aku cari semua karyanya nanti.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

T.E.R.B.A.I.K.

  

 
Sinopsis   
  
-Sequel dari kisah Rahsia hati Mrs. Fakrul-


Nurul Aina Safiyyah, seorang gadis yang bijak dan sentiasa berfikiran positif. Walaupun kehidupannya sering diabaikan oleh bapanya sejak berkahwin baru, dia berdikari dengan dirinya sendiri untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.

Syamil Afwan pula berubah menjadi tegas dan lebih bertanggungjawab selepas kejadian pahit yang menimpa adiknya.

“Sayang...” jerit Aina separuh gedik. Kerana insiden dirinya diganggu sekumpulan lelaki, Aina menangkap tangan seseorang yang tidak dikenali dan berlakon yang lelaki itu adalah suaminya. 

Pada Syamil, wanita itu penuh drama. Maka dia sering memperlekeh Aina setiap kali pertemuan tanpa sengaja antara mereka berdua. Dan siapa sangka, takdir menentukan bahawa mereka bakal diikat dengan ikatan suci. Bagi Syamil, pernikahan mereka itu dilakukan demi permintaan ayah Aina yang sedang sakit tenat dan tanpa pengetahuan keluarga Syamil.  Dia bersedia memutuskan apabila tiba waktunya. Bagi Aina, kasihnya terhadap Syamil telah bermula sebaik sahaja lelaki itu melafazkan ijab dan qabul. Belum sempat Aina ingin meluahkan rasa cinta, dirinya dilukai sehingga dia nekad membawa diri.

“Dia pindah ke mana?” - Syamil 

“Entah... yang tu kami tak tahu. Cuma kami dengar dia terima tawaran belajar di luar negara. Itu aje…”  

 

Syamil hilang arah apabila dirinya ditinggalkan... 

Tergamak Aina membawa sesuatu yang cukup berharga buat Syamil. Dirinya dikhianati semudah itu sedangkan rasa cintanya telah mengunung tinggi! Bertahun terpisah, mereka bertemu di hospital tempat Aina bekerja. Layanan dingin Syamil membuatkan Aina menyangka lelaki itu telah membencinya. 

“Saya dah hampir putus asa. Adanya baiknya dia lepaskan saya kalau itu yang buat dia bahagia…” - Aina 

Puan Dahlia, ibu Syamil berkeras mahu mengahwinkan Syamil dengan Laili sementelah hubungan Aina dan Syamil sedang kucar kacir. 

 

Adakah terlerai masalah yang menjerut dalam hubungan mereka berdua? 

Apakah alasan Aina sehingga sanggup meninggalkan Syamil sebegitu lama? 

Dan adakah Syamil akan melepaskan Aina sebagai makmum dalam hidupnya?



... lagu Setia - Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir ...
 
 

 
... lagu Selamanya - Innuendo ...
 
 

 
 

 

 

No comments:

Post a Comment